BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, September 9, 2010

KORBAN NAK MAMPUIII leeni.aiiiyaa macam-macam..dalam dunia UMNOBN..?

Berkorban demi Tun Mahathir

DEMI menzahirkan watak negarawan Melayu terbilang, Tun Dr Mahathir Mohamad, pelakon Esma Daniel sanggup menolak semua tawaran termasuk berlakon dalam sebuah produksi filem dari Jerman.

"Saya dapat tawaran berlakon filem ini serentak dengan Muzikal Tun Mahathir (MTM). Apabila diberitahu tarikh penggambaran filem itu jatuh pada 24 September, saya terus menolaknya kerana tarikh penggambaran filem itu bertindih dengan pementasan MTM di Istana Budaya (IB) bermula 24 September hingga 4 Oktober nanti. "Saya terima tawaran beraksi dalam MTM ini kerana saya sangat mengagumi Tun Mahathir dan pada masa sama dibesarkan pada zaman sepanjang 22 tahun beliau memimpin Malaysia," katanya.


Pada mulanya akui Esma, dia berasa tidak percaya apabila ditawarkan IB untuk beraksi dalam MTM.


"Tun Mahathir adalah idola sepanjang hayat saya. Beliau ada pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita. Antara dialog Tun yang meninggalkan kesan mendalam kepada saya ialah 'Dah lama dah' yang diulang dua kali," katanya. Sebagai pelakon, Esme berhadapan dengan banyak tekanan untuk menghidupkan watak Tun Dr Mahathir itu. "Masa yang diberi juga terhad untuk saya menjiwai watak Tun Dr Mahathir. Saya cuba sedaya upaya membuat kajian mendalam untuk menjiwai peranan itu menerusi buku beliau seperti The Malay Dilemma. Saya juga dibantu isteri, Nitra Sari untuk menguasai dialog Tun Mahathir kerana Nitra berasal dari Kedah," katanya.


Bagaimanapun, Esme masih bimbang kerana orang akan membandingkan lakonannya dengan watak realiti Tun Mahathir apabila dipentaskan kelak. "Saya tak anggap 100 peratus dapat menjadi Tun Dr Mahathir. Saya berharap pada malam pementasan itu nanti saya tidak akan rasa gugup berlakon di depan beliau nanti. Saya juga akan cuba buat watak Tun Dr Mahathir nampak realistik sebaik mungkin. "Kami juga bertuah kerana anak beliau, Mazhar turut berlakon dalam teater ini dan banyak membantu mendapatkan maklumat mengenai ayahnya. Pada masa sama, saya pastikan lakonan saya selari dengan pelakon Zizan Nin yang membawa watak Tun pada zaman remaja," kata Esma. Esma ditemui Rap pada sidang media MTM di IB, baru-baru ini. Turut membintangi pementasan itu Erra Fazira sebagai Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Zizan yang julung kalinya beraksi di pentas teater berkata, dia seperti tidak percaya apabila penerbit MTM dan IB memilihnya untuk menjayakan pementasan hebat itu.


"Saya sangat teruja kerana terpilih beraksi. Janji saya pada diri sendiri ialah melakonkan watak Tun ketika waktu remajanya dengan penuh rasa hormat, bersemangat dan berwibawa," katanya. Zizan juga menganggap, beraksi di pentas IB melalui MTM adalah peluang keemasan bagi mengembangkan lagi cabang karier seninya.


"Saya memang sudah lama teringin berlakon muzikal seperti ini dan baru sekarang ia kesampaian. MTM adalah pementasan berprofil tinggi dan saya rasa sangat-sangat bertuah di beri peranan melakonkan watak Tun ketika remaja.


"Saya kagum dengan Tun Mahathir sebagai pemimpin yang mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Minat itu semakin bertambah apabila mengikuti perjalanan hidup Tun dari kecil melalui pementasan ini," katanya. Kata Zizan, dia membuat persiapan rapi untuk beraksi dalam teater itu.


"Saya menghayati watak dengan membaca skrip MTM berulang kali, membaca buku berkisar kehidupan dan perjuangan Tun, melawat blognya iaitu che det.com dan banyak berbincang dengan pengarah Rosminah Tahir yang berpengalaman lebih 20 tahun mengarah teater," katanya.


Tambah Zizan lagi, tempoh latihan MTM juga panjang dan menuntut kesabaran yang tinggi selain persediaan mental dan fizikal.


"Bayangkan, pementasan dua jam saja tapi latihan hampir tiga bulan supaya pementasan itu menjadi kemas, tersusun dan bertenaga. Teater muzikal ini adalah gabungan nyanyian, tarian dan lakonan. Saya yakin dengan latihan konsisten daripada tenaga pengajar berpengalaman, pementasan ini akan berjaya," ujarnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails