Friday, September 24, 2010
Alhamdulliah..Taring bigMama semakin Tumpul..?
kalau benar...Alhamdulliah..nampak gayanya..taring atau bisa Bigmag semakin hilang atau tumpul..
Kes 'bini puaka': Mahkamah bebas kesemua tertuduh
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).
Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.
Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.
Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.
Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdullilah dik kamu semua dah bebas,dah buat sujud syukur..tanda terimakaseh pada ALLAH.Baik juga ada mahkamah yang tak berat sebelah,kalau kemenangan berpihak pada big mama,dah confirm mahkamah malaysia dituduh,difitnah dan dibeli ngan najib oleh puak2.....Walaupun taring big mama tumpul,tapi awas badannya
mampu untuk melayakkan diri mendaftar dengan WWF,jangan sesekali dekat bimbangkan body konteknya.Kalau macam badan aku yang keding ni satu kali lesing confirm...tanya haji bakhil...Tapi tahu macam mana badan no to bn...serupa kut!!!
Post a Comment