EKKKK LE..MACAM ORANG BOLEH PERCAYA KEPADA GEROMBOLAN LANUN DAN KUMPULAN MADE INI MAHKAMAH..!
Dakwaan tidak berasas
IPOH - Dakwaan mengatakan UMNO sebagai dalang di sebalik gambar superimpose melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pemimpin parti itu yang menyifatkan sebagai tidak adil dan fitnah.
UMNO selalu dipersalahkan dalam perkara yang tidak baik kepada pembangkang. Dia (Mohamad Nizar) ada buktikah menuduh UMNO melakukan superimpose itu. Kalau ada bukti kemukakan, jangan menuduh melulu, tambahan pula di bulan mulia ini. UMNO tidak pernah terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga melakukan perkara itu. Yang terdesak adalah Pakatan Pembangkang (PR) kerana orang hilang kepercayaan terhadap mereka sehinggakan ada di kalangan ahli mereka keluar parti. Kerajaan di Perak adalah kukuh di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Aktiviti MB yang mesra rakyat dan galakan pembangunan negeri menyebabkan PR takut sehingga sanggup menuding jari kepada kita.
ADUN Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusof
Dia (Mohamad Nizar) tidak boleh menuduh BN atau UMNO dalam perkara ini. Berkemungkinan gambar itu dibuat oleh pembangkang sendiri. Seperti biasalah ada masalah mereka akan menuding jari kepada UMNO atau BN tidak kira dari peringkat atasan hingga bawahan iaitu di cawangan. Rakyat sekarang telah faham dengan perangai pembangkang ini sentiasa meletakkan kesalahan kepada pihak lain. Mereka seperti tidak pernah melakukan kesalahan. Pemimpin mereka sendiri lebih banyak melakukan kesalahan.
ADUN Alor Pongsu, Sham Mat Sahat
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana UMNO tidak akan berbuat begitu atau mengamalkan politik tidak matang seperti itu. Lagipun, tidak elok memfitnah tanpa bukti yang nyata tambahan di bulan puasa kerana UMNO merupakan parti yang berwibawa,” katanya.
ADUN Bota - Datuk Nasarudin Hashim
Kenapa perlu salahkan UMNO bila jadi macam ini kerana kami bukan parti yang berjiwa musuh untuk melakukan perbuatan sedemikian. Beliau tidak boleh menyalahkan UMNO kerana kami sememangnya telah mendapat sokongan rakyat untuk memajukan negara, bangsa dan agama.
ADUN Belanja - Datuk Zaim Abu Hassan
Kalau diikut secara logiknya gambar itu berada dalam simpanan siapa. Sudah tentu orang Pas juga. Jadi mana mungkin orang UMNO yang dapat akses. Tuduhan mengatakan UMNO melakukan teknik superimpose adalah tidak berasas sama sekali. Janganlah disebabkan perkara itu berlaku kepada Pas, UMNO pula dituduh begitu. Kalau demikian, UMNO pun tuduh Pas lakukan apa sahaja yang tidak baik apabila ada mana-mana kes yang melibatkan penganiayaan terhadap UMNO, misalnya apa yang berlaku kepada Sultan Johor tempoh hari, sebaliknya UMNO tidak berbuat demikian kerana berlandaskan fakta dan bukti. Saya rasa dakwaan Mohammad Nizar itu tidak adil kerana tiada fakta dan bukti.
ADUN Sungai Rapat – Datuk Hamidah Osman
Mohamad Nizar sudah keterlaluan. Buktikan ianya perbuatan orang UMNO kalau ianya benar-benar orang UMNO yang buat. Ambil tindakan sepatutnya kalau ada bukti. Jangan sewenang-wenangnya buat fitnah. Mungkin ada orang buat, tetapi untuk Mohamad Nizar menuduh orang UMNO tanpa bukti, tidak adab sama sekali. Jangan lemparkan tuduhan, apa jenis pemimpin macam ini, seorang bekas Menteri Besar sepatutnya punyai tamadun yang tinggi misal kata, kalau ianya terjadi kepada UMNO kita tidak akan sewenang-wenangnya tuduh Pas, ini tuduhan keterlaluan, liar dan tidak ada adab. Tuduhan serkap jarang. Tidak hairanlah kerana itu budaya dan bentuk pemikiran Mohamad Nizar hinggakan bulan yang suci ini pun sanggup tuduh melulu.
Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Hamzah Zainuddin
No comments:
Post a Comment