BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, September 7, 2010

DVD atas katil ......DVD bawah Pokok.

macam ini le autakaren punya UMNOBN...Tangkap ..ugut..selepas beberapa tempoh tiada sebarang pendakwaan..buang masa,buang karen ..buang segala-galanya..SEMUA TINDAKAN INI LEBIH KEARAH MENAKUT-NAKUT pihak-pihak yang bangkit menentang kezaliman BN..

Pembikin video 'bawah pokok' tidak didakwa
ADUN Tebing Tinggi dari DAP, Ong Boon Piow, terlepas daripada tuduhan memiliki 23 DVD ang belum diluluskan oleh lembaga penapisan filem.

Peguam beliau, Yee Su Kai, berkata selepas menunggu kira-kira sejam di mahkamah majistret Ipoh, beliau diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mark Netto, bahawa beliau menerima arahan untuk tidak meneruskan pertuduhan.

Dakwaan berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Mejistret Ipoh, pagi ini tetapi dipercayai ditangguhkan atas arahan ketua pendakwa negeri.

“Mereka sedang menuju arahan lanjut dari Putrajaya,” katanya ketika dihubungi, sebelum keputusan berkenaan.

Ong petang semalam diarahkan oleh polis untuk hadir di mahkamah berkenaan hari ini.
Beliau sebelum ini dikatakan akan akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002. Jika terbukti bersalah, Ong boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

DVD kontroversi bertajuk "Rampasan Kuasa BN di Perak" itu memuatkan rakaman sidang tergempar dewan undang negeri Perak pada 3 Mac 2009 yang diadakan di bawah sebatang pokok yang dirakamkan oleh Ong.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails