Nampak gayanya kena CABUT GIGI semula siDR ini..
S'gor 'sangat teruk', Khir tak minat jadi MB lagi
Datuk Seri Dr Khir Toyo berkata beliau tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor. Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, sekiranya mereka berjaya merampas semula negeri itu.
Masalah ini “sangat teruk” dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya.
“Untuk dapatkan semula kita punya pentadbiran akan jadi sukar dalam keadaan sekarang. Ekonomi teruk, pembangunan tak berlaku dengan baik,” katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Katanya lagi, beliau sememangnya tidak ada masalah untuk kembali menerajui negeri itu berdasarkan pengalamannya.
“Saya ingat bila saya masuk kerajaan negeri sangat teruk. Rizab (kewangan) tinggal RM200 juta. Semua (syarikat berkaitan kerajaan) GLC rugi. Saya berjaya menyelamatkan beberapa (syarikat). Pengalaman itu boleh bagitau orang lain, tak ada masalah,” katanya.
BACALAGI>>>>
1 comment:
poorahhhhhhhhhh la kir toyo. selamarkan syarikat bermasalah, konon. lu hantam banyak wang dan harta rakyat selangor. dapat bonos pkns, 135 ribu.
Post a Comment