BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, September 29, 2010

MAIN KUTU..HARAM..MAIN JUDI HALAL..sebab ada masyuk..

Main kutu haram di Malaysia


MAIN kutu yang popular di kalangan masyarakat rupa-rupanya salah di sisi undang-undang. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

2 comments:

sudirumusibarat said...

main kutu kecil - kecilan berlaku atas persefahaman untuk membantu antara sahabat dan akan mendapat tidak lebih dan tidak kurang (selonggok) bila sampai giliran.

Keistimewaannya pemegang amanah akan mendapat giliran pertama. Main pun tak banyak setakat RM50-RM100 seorang selama setahun gitu.Orang kaya tak perlu main kutu.

Ini tak sama dengan syarikat .
Ini pun nak diundang-undangkan.Yang besar nak dihududkan tak mau! Apa jenis amalan ni !

Anonymous said...

Dalam islam tak ada kata macam itu.Yang dilarang adalah reba.Cuma ketua akan dapat wang giliran pertama,itu lumrah amalan kehidupan manusia.Saya tak nampak apa salahnya disisi undang2.Manusia yang buat undang2 dia boleh cakap yang ini halal yang itu haram.Banyak benda lagi yang boleh kita buat yang mendatangkan manfaat,bukan nak ketengahkan main kutu haram."Cerita Luqman Nul Hakim dengan anaknya..satu hari beliau melewati sebuah kampong bersama anak dan seekor keldai,Loqman dan anaknya berjalan serta meruntun tali keldai,orang kampong berkata gila betulah siLoqman dan anaknya adakah keldai diruntun.Loqman mendengar cercaan itu lantas Luqman naik diatas keldai tersebut,dimana anak meruntun keldai tersebut sampai disebuah kampong orang banyak berkata gila betullah si Loqman tu!Dia yang naik,anak pulak yang meruntun.Luqman turun anak pulak yang naik,sampai kat kampong lain orang pun berkata kurang ajar pulak anak siLoqman tu.Maka Loqman mengambil keputusan Loqman dan anaknya naik bersama diatas keldai tersebut,sampai disebuah kampong orang berkata Loqman dan anaknya tu dah gila...ada ke dua2 sekali naik keldai.Loqman dan anaknya turun dan mengambil keputusan yang lain akhirnya beliau dan anaknya memikul keldai tersebut dan setibanya dikampong lain orang kampong tetap mengatakan beliau dan anaknya gila dan sasau.Dalam suasana yang serba salah dan penat Loqman dan anaknya berehat dan berbincang dan Loqman berkata pada anaknya "Duhai anak ku apa yang kita buat semuanya serba tak kena,jangan pedulikan mereka lagi kita buat saja yang pastinya ALLAH redha apa yang kita buat asalkan mengikut hukum yang fitrah"Dari cerita ini kita kena teruskan main kutu kerana islam tidak melarang dan tiada unsur REBA.Wallah hu aklam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails