BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, September 12, 2010

POLIS OOOO POLIS...

INI BERITA 4 HARI LEPAS...

POLIS.....PERCAYA..POLIS..ADA PENUNJUK...atlas tunjuk jari aje..?

Polis percaya jutawan kosmetik masih selamat

BACA SETERUSNYA KLIK DISINI..

HARI INI PULAK..HARI NAK KENA TENDANG..BERITA MACAM INI PULAK..ISY ISY ISY ..CAMNA NAK PERCAYA SIPOLIS...

Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.

Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat Banting sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.

Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.

Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.

Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.

Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.

Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails