BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, September 13, 2010

KATAK BERTUKAR WAJAH JADI BIAWAK...

orang macam ini nak percaya lagi ke..sebelum ini uhah uhah sana sini berjuang atas nama MELAYU..sekarang nak tubuh parti yang boleh dianggotai oleh semua kaum..BINAWE betul sibrahim Biawak...rasanya dia tubuh ...ahlinya kaum keluarga dia dan banggan-banggan 1malaysia yang jadi anggota dia...

Ibrahim Ali kaji pakatan politik baru, sedia terima bukan Melayu

September 12, 2010
Ibrahim ingin membuktikan bahawa beliau and Perkasa bukannya rasis. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan akan membentuk satu pakatan politik baru termasuk berganding dengan calon-calon bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 ekoran perkembangan terbaru yang menolak beliau dan NGOnya sejak seminggu lalu.

Sambil menegaskan ia sebahagian daripada strateginya selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) selain PAS yang sudah mula menjauhkan diri daripada Perkasa, Ibrahim menegaskan, Perkasa tetap tidak akan menyertai politik.

“Tetapi saya sudah membuat keputusan, saya akan bekerjasama dengan calon-calon yang memahami pendirian kami, termasuk juga calon bukan Melayu, tidak kira kaum, yang boleh memahami Perlembagaan Persekutuan, berakhlak baik, berwibawa, fasih Bahasa Malaysia, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider di Pasir Mas.

Kata Ibrahim, beliau mengambil langkah itu untuk membuktikan bahawa Perkasa dan beliau sebenarnya bukan rasis, sebaliknya berkorban untuk negara, orang Melayu dan Bumiputera dan semua kaum.

Ibrahim mengambil keputusan ini ekoran pendirian dua parti politik terbesar orang Melayu — Umno dan PAS, yang tidak akan menyokong beliau dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu kata Ibrahim, beliau menyedari kedudukan masa depan politiknya selepas Umno sudah mula menjauhkan diri dengan menyelar pendirian Perkasa.

Selain Umno, PAS juga memutuskan tidak akan membenarkan Ibrahim menggunakan lagi lambang parti itu dalam pilihan raya selepas membuka laluan kepadanya dua tahun lalu.

Ibrahim memutuskan hubungan dengan PAS selepas kemenangan di Pasir Mas.

“Saya sedar dan memang menjangkakan, PAS tak akan bagi laluan dan saya sedar parti lain juga menjauhkan diri daripada saya. Saya tidak kisah.

“Saya tidak kira soal bertanding atau tidak bertanding, itu bukan soal pokok.

“Perkara pokok bagi saya ialah survival orang Melayu di bumi sendiri,” kata beliau yang turut bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbukanya di Stesen Kereta Api Pasir Mas, Kelantan.

Wakil rakyat itu berkata, keputusan muktamad yang akan diumumkan apabila tiba masanya nanti dan ia sudah pasti akan menjadi satu kejutan kepada semua.

“Saya ada strategi saya sendiri, strategi saya ni akan mengejutkan banyak pihak dan strategi ini berpaksikan kepentingan Melayu dan umat Islam dan tak boleh jelaskan sekarang tetapi kita tahu 42 kerusi Parlimen di mana kerusi ini dipertandingkan di antara BN dan Parti Keadilan Rakyat, gabungan Parti Keadilan Rakyat di mana kerusi ini ada persaingan di antara calon MCA, DAP dan Gerakan, dan kerusi ini 62 peratus kerusi di kawasan orang Melayu kita ada cadangan,” kata Ibrahim.

Semalam, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan Fatah Haron berkata, parti Islam itu sudah menutup pintu kepada Ibrahim untuk menggunakan lambangnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah semalam, Ibrahim yang mengetuai Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan yang lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera memberi amaran keras kepada Umno agar tidak selesa dengan asas sokongan diterimanya sekarang sambil mendakwa hanya tiga daripada 10 ahli parti itu akan mengundi mereka dalam pilihan raya umum ke-13.

Ibrahim berkata keahlian Umno yang dipercayai dalam lingkungan 3.4 juta orang sebenarnya tidak bermakna memandangkan hanya segelintir penyokong tegar yang akan mengundinya manakala yang lain akan dipengaruhi oleh isu-isu dan tindak tanduk parti-parti lain.

Wakil rakyat itu menyerang Umno dan BN ekoran pemimpin-pemimpin BN — dalam perkembangan julung kali kelihatan mula bersatu untuk melahirkan pendirian mereka menyangkal matlamat perjuangan Perkasa dan Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini kelihatan “membisu” dalam melahirkan pendirian mereka, secara terbuka mengaku bahawa perjuangan Perkasa boleh memudaratkan dasar BN dan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Selasa lalu, Setiausaha Agung Umno dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan, partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.”Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.

Pada Mac lalu, Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan terbaru hari ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi sokongan kepada Perkasa dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan BN memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut.

Malah, akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia juga menulis dalam ruangan Awang Selamat bahawa parti itu tidak wajar menyisihkan Perkasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails