BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, March 8, 2011

Polis sekadar menjadi ahli PIBG..pun nak tunjuk hebat..?

salah seorang ahli PIBG dikatakan Pegawai Polis..sooo takkan sebab dia Polis dia nak tunjuk hebat..dimana undang undang..?semua dah jadi hak mutlak diri Polis sendiri ke..?atau memang mereka diberi kuasa untuk melakukan sebarang tindakan pada bila bila masa dan kepada sesiapa..?

Interlok: Polis siasat pelajar tak sah, Putrajaya digesa adakan inkuiri

March 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Tindakan polis menyoal siasat tiga pelajar tanpa kehadiran ibu bapa atau peguam hanya kerana memulangkan novel Interlok, yang menjadi kontroversi sekarang kepada pengetua mereka, adalah tidak sah, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketiga-tiga pelajar SMK Kuala Kubu Baru terbabit disoal siasat oleh polis bandar itu semalam selama 10 jam.

“Soal siasat dijalankan tanpa kehadiran ibu bapa atau peguam.

“Mengejutkan, pihak berkuasa polis atau sekolah tidak memaklumkan ibu bapa mereka bahawa pelajar berkenaan disoal siasat oleh polis,” kata Naib Presiden PKR N Surendran dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, pihak berkuasa sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu seolah-olah menggerakkan dan bekerjasama dalam insiden pelajar berkenaan disoal siasat kerana memulangkan novel Interlok.

“Kami dengan keras mengecam polis menyoal siasat kanak-kanak ini dan layanan yang diberikan kepada mereka.

“Soal siasat ini amat bertentangan dengan undang-undang kerana tiada kesalahan dilakukan oleh mereka,” kata beliau.

Novel Interlok kini digantung sementara jawatankuasa khas sedang mengkaji untuk membuat pindaan yang diperlukan.

Malah menurut aktivis sosial dan peguam ini, proses soal siasat itu bertentangan dengan undang-undang memandangkan mereka dinafikan akses kepada ibu bapa mereka atau peguam.

“Pada hakikatnya, sekurang-kurangnya salah seorang daripada kanak-kanak telah dinafikan kebenaran untuk menelefon ibu bapanya meskipun merayu untuk berbuat demikian,” kata Surendran.

“Kami menggesa kerajaan dan Kementerian Pelajaran mengambil tindakan segera untuk mengelakkan kejadian seumpama itu pada masa depan dan mengadakan inkuiri segera berhubung perkara tersebut,” katanya lagi.

Kata beliau, pihaknya mahu tindakan segera diambil ke atas pegawai-pegawai polis terbabit.

“Tindakan disiplin tegas harus diambil ke atas mana-mana guru yang terlibat dalam insiden ini.

“Kami menggesa kerajaan menghormati hak kanak-kanak dan bertindak selari dengan standard antarabangsa hak dan perlindungan kanak-kanak,” katanya.

Mengikut laporan media tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka diheret ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel Interlok kepada pengetua mereka Jumaat lalu.

Kata laporan itu, pada awalnya, tujuh pelajar SMK Kuala Kubu Baru bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian mencaci mereka.

“Semua tujuh daripada kami berjalan dengan tenang ke bilik guru besar apabila guru disiplin menahan kami dan mengeluarkan kata-kata yang melukakan perasaan kami,” kata seorang daripada pelajar di ibu pejabat Parti Hak asasi hari ini.

Menurut pelajar, guru disiplin didakwa menuduh mereka sengaja menimbulkan masalah di sekolah itu dan mengeluarkan kata-kata yang menghina mereka.

Menurut mereka, semalam pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis, membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails