BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, March 6, 2011

Kalau ada bukti..Tunjukkan....Gaji Spr bagi kat mana-mana Pencari Hantu..ok gak..?

dari tunjuk kat SPR ..baik tangkap dan nyahkan sendiri..ha ha ha..nak bagi bukti kat SPR wahak wahk khik khik...rakayat ramai tahu..cuma spr aje belum tahu...fening..

SPR: Tunjuk bukti jika ada pelajar IPT jadi pengundi hantu Merlimau

March 05, 2011

JASIN, 5 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak wujud pengundi hantu, yang didakwa PAS akan digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangannya pada pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau esok.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya pihak tertentu termasuk parti politik yang bertanding di kawasan itu mempunyai maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu, mereka hendaklah membuat laporan segera kepada SPR untuk tindakan lanjut.

“Setahu saya tiada pengundi hantu, kalau ada dapatkan nama, kad pengenalan dan gambar serah kepada SPR.

“Tapi kalau pengundi itu belajar di tempat lain, Kuala Lumpur atau Klang yang mana mereka balik mengundi, mereka adalah pengundi yang sah bukan pengundi hantu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tegas Abdul Aziz, SPR akan menyiasat dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang menyamar sebagai pengundi.

“Jika ditangkap dia menyamar sebagai pengundi SPR akan mengambil tindakan tegas, kita akan tahan dan siasat mereka yang terlibat.

“Tapi kalau pengundi itu adalah pengundi luar yang balik menjalankan tanggungjawab kita nak cakap apa? Tiada pengundi hantu,” katanya.

Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini menyebut PAS mendakwa BN menawarkan “habuan” kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi “habuan” yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi “pengundi hantu”.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Aziz mengingatkan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau bahawa tempoh berkempen tamat pada tengah malam ini.

“Segala bentuk kempen selepas itu tidak dibenarkan, saya rasa tempoh lapan hari diberikan SPR sudah cukup.

“Penyokong parti politik juga tidak dibenarkan lagi untuk berkempen, meraih undi, merayu undi, tak dibenarkan gunakan pejabat peti-peti undi untuk tujuan berkempen, esok juga tiada kempen,” katanya.

Beliau menjangkakan 80 peratus pengundi akan keluar mengundi di kedua-dua kawasan itu sekiranya cuaca baik.

“Tapi saya minta pengundi keluar awal esok, penyokong parti pula jangan terlalu emosional,” katanya.

Keputusan dijangka diumumkan pada pukul 8 malam.

2 comments:

Anonymous said...

kah kah kah kalah lagi!!!Kesiannya,Terimalah hakikat setiap permainan dan pertandingan ada kalah menangnya.

bijan said...

ha ha ha wahai manusia yg tak bernama..PR dah lama dah boleh menerima kekalahan..bukan sekali dah berbelas kali..kalah bukan bererti tidak betul dan menang bukan bererti betul...Tapi kalau UMNOBN..kalau kalah mengamuk 1malaysia ..takpercaya tanya ketua UMNO hang itu..biar kecai tulang pertahan PutraJaya..siapa yang cakap..pandang pandang kiri kanan dan pimpinan kamu sebelum nak komen..hi hi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails