Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa
KUALA LUMPUR - Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan luar biasa dengan mencatat jualan lebih 5,000 naskhah pada hari pelancarannya kelmarin.
Penerbit buku itu, MPH Group Publishing Sdn. Bhd. mendakwa inilah buku pertama di Malaysia yang mencatat jualan sebanyak itu pada hari pelancarannya.
Pengurus Besarnya, Ivy Tan berkata, sasaran awal MPH hanya 1,000 naskhah.
Katanya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura.
"Kami terpaksa menambah bekalan selepas banyak penjual mengadu kehabisan stok," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Buku setebal 843 muka surat dan berharga RM100 senaskhah itu mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan.
1 comment:
Yg membeli nya mungkin juga MERENG dan ingin tahu apo mamak sial tu tulis,,,,,,,
Post a Comment