BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, September 3, 2011

AWAS,,Bukan Pengundi saja ada Klon..

1MALAYSIA BUKAN SAHAJA PENGUNDI ADA KLON..TELEPHONE BUKIT AMAN PUN ADA KLON...Penerima Panggilan Misteri berhati hati.Jangan dilayan panggilan yg mencurigakan.."KERENAH 1MALAYSIA..MACAM MACAM ADAAAA"

Tipu guna nombor Bukit Aman



























Ahli sindiket Macau Scam akan membuat panggilan secara rambang untuk mencari mangsa.


KUALA LUMPUR – Kes-kes penipuan tidak pernah surut. Saban hari pasti ada individu yang menjadi mangsa penipuan sama ada oleh sindiket yang berpangkalan dalam negara mahupun di seberang laut.

Pelbagai modus operandi digunakan oleh sindiket-sindiket terbabit untuk meraih wang daripada mangsa-mangsa. Tren paling mudah kebelakangan ini ialah ahli sindiket terbabit membuat panggilan telefon dengan menyamar sama ada sebagai pegawai polis atau pegawai bank.

Macau Scam merupakan salah satu sindiket yang berpangkalan di Taiwan dan Hong Kong, Sindiket itu dikesan paling aktif melakukan penipuan dengan membuat panggilan secara rambang kepada mangsa-mangsa termasuk rakyat negara ini.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Supritendan Victor Sanjos berkata, berdasarkan laporan diterima, suspek-suspek yang menyamar sebagai pegawai polis kebiasaannya akan mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap dan boleh ditahan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails