DEY MACHA PEMBULUH MELAYU..SEBELUM LUORANG DESAK MAT SABU DAN MAIN WAYANG DEPAN KUBUR POLIS DAN KELUARGA MANGSA BUKIT KEPONG ITU ..APA KATA LUORANG KASI TENGOK ITU TEMBOK KUBUR YANG RUNTUH..KASI BIKIN ITU DULU LAH WOOOI PEMBULOH MELAYU...BETOL BETOL KASI ROSAK PROGRAM LE..SIAPA PENGARAH LUORANG KASI SPOIL MAAA..HI HI HI
Desak Mat Sabu mohon maaf
MUAR – Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mendesak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar kecil) supaya meminta maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, sikap Mohamad atau Mat Sabu yang berdiam diri selepas menimbulkan kontroversi merupakan tindakan tidak bertanggungjawab.
“Kenyataan Mat Sabu telah mengguris hati majoriti rakyat Malaysia dan dia telah melakukan penghinaan terhadap negara dan bangsa sendiri.
“Dia cuba menafikan perjuangan bangsa sendiri dan bagaikan cuba memadam sejarah negara serta mengubah fakta sebenar,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai anggota PPPMM dan penduduk Bukit Kepong melakukan demonstrasi aman di Balai Polis Bukit Kepong dekat sini semalam.
Demonstrasi itu bagi membantah kenyataan Mat Sabu pada 21 Ogos lalu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment