BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, November 16, 2009

LOKAP....lagi..........ayyyooo apaaaa

Lelaki didakwa bunuh ibu, ditemui mati di penjara
Lelaki berusia 22 tahun yang didakwa membunuh ibunya, ditemui mati dalam bilik kurungan di Penjara Air Molek di Johor.

Menurut pihak berkuasa, J Saravanan (kiri) menggantung dirinya dengan menggunakan sarung bantal yang diikat pada pintuk bilik kurungannya.

Bagaimanapun, keluarganya tidak percaya Saravanan membunuh diri dan mengesyaki ada unsur jenayah.

Penyelaras Hindraf Johor, Y Mohan memberitahu Malaysiakini bahawa keluarga mangsa telah membuat laporan polis tengahari tadi.

Laporan itu dibuat oleh bapa saudara mangsa, K Selvaraj, 48, di pondok polis di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.

Dalam laporannya, Selvaraj berkata pihak berkuasa memaklumkan kepadanya mengenai kematian Saravanan pada kira-kira jam 10 malam tadi.

Katanya, dia diberitahu bahawa Saravanan telah menggantung dirinya, tetapi dia (Selvaraj) tidak mempercayainya.

Selvaraja berkata, anak saudaranya itu - pekerja am sebuah pasaraya - ditangkap pada 16 Oktober dan ditahan di balai polis Ulu Tiram sehingga 11 November.

Katanya, dari 11 November hingga 15 November - dalam tempoh empat hari di Penjara Air Molek - Saravanan ditemui mati.

"Macam mana ini berlaku?" tambahnya.

Mohan berkata, Selvaraja dan Chandran - seorang lagi bapa saudara Saravanan - telah pergi ke bilik mayat pada kira-kira tengahari tadi.

"Mereka nampak badan mangsa luka dan lebam. Jadi keluarganya merasakan Saravanan mungkin telah dipukul dan membawa kepada kematiannya," tambah Mohan.

Selain itu, katanya, bapa saudara Saravanan itu juga dilarang oleh seorang doktor daripada mengambil gambar kecederaan mangsa, dengan alasan ianya melanggar prosedur.

Selvaraj turut menyatakan tentang kecederaan itu dalam laporannya.

Katanya, badan anak saudaranya itu penuh dengan tanda lebam (bahagian belakang), pada kaki dan tangan, seperti dia dipukul dengan rotan, dipukul dan ditumbuk.Saravanan telah didakwa membunuh K Malilla, 47, dengan menggunakan batang besi di rumah mereka di Kampung MIC di Ulu Tiram.

Dia juga didakwa memasukkan mayat ibunya ke dalam sebuah beg selepas insiden tersebut antara jam 9.30 pagi dan 10.30 pagi 15 Oktober lalu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails