yang report lain-lain yang dibuat PR terhadap ramai pimpinan BN ...dah lama report..bila pulak nak siasat..takut nanti Fail digetik Lipas....
Polis siasat exco S'gor kes peruntukan sekolah Tamil

Polis akan memulakan siasatan terhadap exco Kerajaan Selangor Dr Xavier
Jayakumar hari ini berkaitan laporan polis yang mendakwa beliau telah
menyelewengkan peruntukan RM1.67 juta untuk sekolah Tamil tahun lalu.
Difahamkan
pegawai polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang - tempat
aduan tersebut dibuat kelmarin - akan menemui Xavier di pejabatnya di
Shah Alam pada jam 4 petang ini.
Ahad lalu, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) Klang, G Jeganathan mendakwa peruntukan kerajaan untuk
menaiktarafkan sekolah telah diberikan kepada tiga NGO, tanpa sebab
yang jelas.
Katanya, beliau menerima surat yang ditandatangani oleh semua wakil PIBG yang mendakwa tidak menerima wang peruntukan tersebut.
Xavier dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas keterangannya direkodkan pihak polis petang ini.
No comments:
Post a Comment