1Malaysia tau hang bekerja utk siapa..?nasib kaulle..jgn diPindah pejabat seperti dibawah sekali......
Khusrin: MB enggan jumpa saya
Setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya.Khusrin: MB enggan jumpa saya
Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.
Meskipun dijangka tidak akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ini, Khusrin berkata beliau masih boleh menjalankan tugas-tugas termasuk membabitkan pentadbiran kerajaan negeri, sumber manusia dan perkara-perkara merancang.
Sambil menyifatkan perkara itu sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor, beliau menegaskan tidak mempunyai masalah dan ia juga tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.
Khusrin menegaskan, beliau tidak pernah bersikap rasis dan tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan menteri besar dan exco-exco lain.
Beliau juga tidak faham mengapa diserang dan ditohmah sejak mula menjadi Pengarah JAIS oleh beberapa pihak, sedangkan beliau menjalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Katanya, sebagai penjawat awam, beliau tahu peraturan dan tahu apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya.
Pada masa sama, beliau turut menolak dakwaan pelantikannya itu adalah strategi kerajaan BN untuk merampas semula Selangor atau beliau akan bersikap rasis berikutan latar belakangnya sebagai bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
amat sesuai..[pejabat seumpama INI...
No comments:
Post a Comment