Zambry selar Guan Eng
Zambry berkata, masalah sedemikian tidak pernah timbul sebelum ini dan semua negeri termasuk Kelantan akur dengan pembubaran tersebut tanpa sebarang masalah selain tidak pernah membincangkan mengenai perkara tersebut.
Menurut Zambry, kenyataan Guan Eng itu yang dibuat secara tiba-tiba dilihat sebagai sesuatu yang agak menghairankan.
“Persoalan saya, kenapa tiba-tiba dia buat kenyataan? Mereka tahu dan seperti yang lain mereka juga membaca dan mungkin kali ini mereka yakin mereka tak boleh menang (pada PRU 13).
“Mereka juga berkata ‘this should be the time’ berdasarkan kenaikan harga barang. Maka ikutlah, (jika pembubaran Parlimen dibuat).
“Tapi bagi konsep kita, kita akan bersedia pada bila-bila masa jika PRU diumumkan kerana apa yang penting bagi saya ialah teruskan berkhidmat untuk rakyat daripada bercakap soal lain.
“Bagi saya, kenyataan itu hanyalah untuk sedapkan hati biarpun hati sudah haru-biru,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Sementara itu, Zambry berkata, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) mampu untuk memenangi 33 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagaimana yang tersiar dalam akhbar tempatan semalam.
No comments:
Post a Comment