Kaji semula caj 6.0 peratus: Najib
Najib berkata, keputusan itu, merupakan keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.
Menurutnya, fokus utama, sepatutnya mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan menambah beban itu.
“Saya dah dapat banyak reaksi timbal balas daripada orang ramai, bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah sukar diterima oleh rakyat.
“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula kerana hendak kurangkan beban rakyat. Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini semalam.
Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan, sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.
Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunika semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.
Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan. - Bernama
No comments:
Post a Comment