BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, January 3, 2012

SENANGNYA JAWAB..Tak Sengaja..!

MANUSIA AKAI DIREMOTE..UMNOBN..SENANG DN MUDAH MENJAWAB TAK SENGAJA BILA TERDESAK..APA KATA SECARA TAK SENGAJA ANAK BINI KOORANG DIZALIMI...AKAN RELA BERKORBAN DEMI BANGSA TUGAS DAN NEGARA KE..?..khik khik ..koorang akan cari mereka yang zalimi keluarga koorang sampai ke lubong punggok..betul tak..?tapi takpe..dunia korang berkuasa dengan senjata dan uniform..tunggu diakhirat kelak..kami akan tuntut....keadilan..apa koorang nak jawab...tak sengaja...phangggggggg..tangan korang sendiri akan menampar koorang....ingat..akhirat nanti....
FRU: 'Tak sengaja' tembak meriam air
Dua anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini memberitahu inkuiri Suhakam bahawa tembakan meriam air ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dalam insiden 9 Julai merupakan insiden yang tidak disengajakan.

Pengendali unit meriam air tersebut, Sjn Idzha Salim berkata kesilapan itu antara lainnya disebabkan penglihatan yang terhadketika kejadian pada kira-kira 2.40 petang itu.

Beliau bagaimanapun menghentikan tembakan air dengan serta merta apabila mengetahui bahawa kawasan yang menjadi tempan perlindungan peserta perhimpunan BERSIH itu merupakan kawasan hospital.

Tambahnya, tindakan itu juga dilakukan atas arahan pengawai penyelianya, Insp Nor Hisham Razali yang mengetuai operasi trak berperisai Unit 5 Cawangan Meriam Air FRU.

Ditanya jika tindakan menyembur air itu membahayakan peserta demonstrasi BERSIH dan juga anggota unitnya sendiri memandangkan penglihatan terhad, Idzha berkata "demi tugas, demi bangsa dan negara saya rela berkorban."

Terdahulu, Nor Hisham yang juga tampil sebagai saksi, turut mengakui bahawa meriam air tersebut ditembak secara "tidak sengaja" ke dalam kawasan Hospital Tung Shin apabila mereka mengejar dan menyuraikan kumpulan peserta berkenaan.

"Bila disedari, terus kami hentikan serta merta," katanya.

Arahannya untuk menghentikan semburan air itu juga tercatat dalam diari tugas unit meriam air tersebut, yang dikemukakan sebagai bukti dalam inkuiri.

Katanya lagi, beliau tidak dapat melihat sekiranya sasaran meriam air berkenaan turut melibatkan wanita mengandung ataupun kanak-kanak.

"Sasaran ditujukan kepada orang yang berhimpun dan tidak mahu berpecah, bukan ke atas individu," katanya yang tidak menafikan bahawa kumpulan peserta perhimpunan itu juga terdiri daripada warga tua.

"Penglihatan kabur, tapi kerajaan telah beri amaran dan keluarkan kenyataan bahawa tarikh tersebut tidak boleh hadiri perhimpunan.

"Barang siapa yang sertai adalah melakukan kesalahan," katanya lagi ketika ditanya Lim yang mewakili Majlis Peguam.
Siasatan Suhakam yang masuk hari ketujuh hari ini adalah untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi dalam tindakan unit ketika menyuraikan perhimpunan di Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails