tAKUT LOBANG JAHAT SPR PECAH..dia buat macam-macam alasan..kata mafrel tak adil dsb..tapi satu dunia dah tahu spr dah jadi penjilat UBN..nak takut apa.jilat lagi....
SPR tolak Mafrel kerana takut pakatannya dengan BN akan terbongkar?
Wednesday, May 5, 2010
Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menafikan permintaan Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) untuk memantau ketelusan perjalanan pilihanraya termasuk di Sibu memberi satu persepsi negatif terhadap badan pengurusan pilihanraya itu.Tindakan itu seolah-olah memberi satu gambaran jelas bahawa, SPR telah pun dikuasai oleh kuasa eksekutif (kerajaan). Kenapa SPR perlu menafikan permintaan Mafrel atau badan bebas lain dalam memantau perjalanan pilihanraya.
Tiada kerugian apa-apa pun bagi SPR jika membenarkan Mafrel memantau ketelusan pilihanraya Sibu, bahkan boleh meringankan tugas SPR itu sendiri dalam menjalankan tugas memantau ketidaktelusan perjalanan pilihanraya.
Mafrel dilihat bukan sesuka hati ingin menjadi badan bebas dalam membuat pemantau pilihanraya. Mereka ini hanya menginginkan suatu pilihanraya yang dijalankan secarra telus dan adil bagi semua calon yang bertanding.
Tindakan itu adalah kerana, semenjak pilihanraya diadakan di negara ini, banyak ketidaktelusan, penyalahgunaan kuasa kerajaan, suapan (rasuah) kepada pengundi, janji pembangunan yang berkapasiti tinggi dan sebagainya. Ia seolah-olah memberi kelebihan kepada kerajaan menunggu ketika pilihanraya umum atau kerajaan semasa ketika pilihanraya kecil menggunakan segala jentera kerajaan dan jabatan kerajaan dalam menggerakkan tenaga kempen mereka.
Bahkan lebih dahsyat lagi, BN dengan sesuka hati menggunakan peruntukan kewangan tahunan negara (bajet tahunan) untuk kepentingan mereka dengan menabur pelbagai janji pembangunan segera (projek segera). Ada juga budaya ugut mengugut para pengundi dengan cubaan menarik balik bantuan kerajaan jika tidak memberi sokongan kepada BN.
Perkara ini semua memerlukan kepada pemantauan sebuah badan bebas agar ianya tidak berlarutan kerana sepanjang pilihanraya berlangsung, tidak pernah pun SPR yang menguruskan perjalanan pilihanraya mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan itu. SPR hanya menutup sebelah mata jika ianya dilakukan oleh pihak kerajaan BN. Tapi cuba mencari kesilapan yang dilakukan Pakatan Rakyat demi keselesaan kepada BN.
Namun sekarang, SPR cuba menidakkan tugas Mafrel itu dengan tidak membenarkan Mafrel menjalankan pemantauan.
SPR menyatakan, Mafreal atau badan lain tidak diperlukan untuk memantau perjalanan pilihanraya kerana SPR sudah menyediakan mekanisma untuk tujuan itu.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah menyediakan langkah terperinci bagi memastikan pilihan raya tersebut yang hari penamaan calon akan diadakan pada 8 Mei dan hari pengundian pada 16 Mei, dapat dijalankan secara adil dan telus.
"Mafrel tidak diperlukan di pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Kita juga tidak memerlukan mereka sebagai pemerhati di pilihan raya kecil Sibu.
"Kita telah membentuk enam pasukan penguatkuasaan. Wakil-wakil calon yang akan bertanding akan dijemput sebagai anggotanya," katanya kepada pemberita di sini Selasa".
Usah peliklah, sejak dari dulu sampai sekarang, itulah alasan yang selalu dibuat SPR bagi menghalang ketelusan perjalanan pilihanraya. Mereka seolah-olah cuba menyembunyikan 'sokongan diam' mereka kepada BN dengan memberi laluan mudah BN menjalan kempen tidak bermaruah walaupun menyalahi akta pilihhanraya.
Bagi SPR, jika ada badan bebas yang datang memantau, ini akan menyusahkan usaha-usaha mereka untuk 'memenangkan' BN dalam setiap pilihanraya. -WarkahDaily
No comments:
Post a Comment