BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, March 1, 2011

Balai bertukar status ..!

sejarah akan mengatakan apa ya..?balai Polis kenapa jadi macam ini..org ramai berpusu-pusu untuk apa..mengambil borang permohonan utk anak -anak mereka menjadi Polis....ahhh untuk membayar saman...polis itu untuk apa..?untuk mengaut duit Rakyat..?aduh aduh kenapa gambaran ini dirakamkan..dimana insitusi..keselamatan..merompak wang rakyat dengan kelulusan dan kebenaraan K`jaan UMNOBN..malu aku kerana anak buah aku menjadi Polis.....(adakah ini kata-kata bakal disuarakan rakyat 1malaysia dikemudian hari..)

Sistem bayaran kelam-kabut


Orang ramai menunjukkan gelagat tersendiri ketika membayar saman di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Terengganu semalam.


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan mereka tidak pernah serik membayar saman trafik pada saat-saat akhir.

Hari terakhir diskaun saman trafik ditawarkan sejak Ogos tahun lalu yang berakhir semalam menjadi bukti sikap negatif masyarakat negara ini.

Gara-gara ribuan orang menyerbu pejabat pos dan balai polis semalam, keadaan kaunter-kaunter bayaran saman dikatakan kelam-kabut.

Tinjauan Kosmo! di ibu kota mendapati sejak pukul 8 pagi, pejabat-pejabat pos diserbu oleh pesalah trafik yang mahu melunaskan saman mereka. Akibatnya sistem komputer rosak dan tidak berfungsi.

Berikutan itu, ribuan pesalah trafik menyerbu balai polis berdekatan sehingga menyebabkan keadaan menjadi amat sesak dengan orang ramai.

Tinjauan di beberapa lokasi seperti di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan Pejabat Pos Dayabumi di sini mendapati orang ramai yang sabar menunggu sejak pukul 8 pagi terpaksa ‘berputih mata’ untuk membayar saman masing-masing.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails