Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan dakwaan PKR Perak yang kerusi dewan undangan negeri Pangkor menyaksikan kenaikan mendadak jumlah pengundi pos.
Dalam email kepada Malaysiakini, setiausaha bahagian pendaftaran pengundi SPR, Yusniati Ishak berkata jumlah pengundi pos tetap kekal pada angka 1,356 sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding 5,669 yang dibuat oleh PKR Perak dengan dakwaan tambahan pengundi pos itu dimasukkan ke dalam daftar pengundi untuk Pangkor pada 2010.
"Untuk makluman, jumlah pengundi pos bagi Pangkor semasa pilihan raya ke-12 adalah 12,460. Bagaiamanapun jumlah pengundi pos bagi Pangkor sehingga ST4/2010 (suku akhir 2010) adalah 13,816," katanya.
Yusniati mengulas dakwaan yang dibuat oleh timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai yang dibuatnya pada Selasa lalu.
ADUN Simpang Pulai mendakwa sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.
Dakwa Chan lagi, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.
Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.
No comments:
Post a Comment