Penghormataan yang selayaknya dengan Perangai..
Memoir Mahathir: Anwar didakwa dibekal empat wanita untuk seks
Bekas perdana menteri itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.
Dr Mahathir menulis bahawa merema dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.
Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.
"Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.
"Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks," tulis Dr Mahathir dalam memoir bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", yang pertama sejak bersara pada Oktober 2003.
"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.
"Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian," tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.
"Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita," katanya.
Dr Mahathir juga mengulangi bahawa beliau buat pertama kali diberitahu mengenai aktiviti homoseksual Anwar pada awal 1990-an oleh ketua polis ketika itu Tun Haniff Omar.
Katanya, beliau diberikan buku berjudul “50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri”, tetapi menolaknya kerana ia berunsur “sensasi” hanya untuk mendapatkan duit.
Kata Dr Mahathir, pada 1997, Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, menghantar surat kepadanya dengan dakwaan khusus mengenai tingkah laku liwat Anwar.
Anwar dipecat pada September 1998.
“Polis meneruskan pemantauan ke atas aktiviti timblan perdana menteri memandangkan ia adalah amalan biasa mereka. Meskipun saya minta mereka hentikannya, saya ragu-ragu mereka akan berbuat demikian.
“Kali ini mereka ada bukti termasuk gambar dan pengakuan mereka yang terlibat,” kata beliau dalam buku terbarunya setebal 809 halaman.Kini, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua terhadapnya.
2 comments:
"A Doctor in the house" memoir yang ditulis oleh Tun.Berdasarkan tulisan tu adakah beliau nyanyuk atau gila?Kalau ianya berunsur nyanyuk dan gila apa kita orang buat?kalau ianya berunsur realiti apa yang kita kata pulak?Fikir2kanlah dan renung2kanlah...
takpayah nak fikir dah ..dah semak kepala otak dgn gelagat situa Giloor ini.sewaktu kekuasananya selama 22 tahun..kalau itu pun takdapat kita nilai...kita itu sebenarnya something wrong....nak fikir apa lagi..memang dia dah mereng..tunggu nak disahkan saja..
Post a Comment