BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, March 4, 2011

Hebat 1 Malaysia selepas 53 tahun diBawah UMNO

Hebat hebat..bagi lagi UMNOBN memerentah malaysia..akan bertambah hebat,...kerosakkan bangsa dan rakyat
Program agama dianjurkan banyak juga..tapi kerosakkan semakin hari semakin bertambah,,satu perkara yang perlu difikirfikiran..kenapa..?
ha ha ha..kesimpulannya kalau yang menganjurkan program Agama hanya seperti melepaskan batuk ditangga..dan tambahan lagi mereka juga pengamal fitnah dan pesong minda Rakyat..masa bila rakyat nak sedar..?
siapa mereka..?siapa siapa..?siapa lagi kalau bukan kumpulan yang kata dikertas dan media Penyokong tegar pembela dan pengamal Islam dan Bangsa tapi dilapangan semuanya bohong belaka..siapa siapa siapa..?
kalau ini pun tak tahu..emmmm mampus

Jakim: Satu perceraian pada setiap 15 minit

Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul: Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya, semalam.

Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.

Setakat ini, Jakim telah menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mashitah berkata Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai ''Sidang Parlimen Roh'' selepas kematian pengasasnya Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lepas.

“Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu,” kata beliau.

-Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails