Rakyat 1 Dunia memang dah tahu dan dapat agak kerja siapa angkara jahat semacam ini..cuma kita kena berikan ruang dan masa yang mencukupi kepada mana-mana pihak menyiasat....nak menyia...sat..kan perlukan masa ha ha ha ha...ayat kalau dibaca ada hati perut..gantung diri kat pokok taugeh aje le...mamat oooi..
Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah
Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah
Kempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat.
Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan.
Kereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau.
ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis.
Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment