BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, June 30, 2011

Phobia KUNING...YB berkenduri seminggu dalam LOKAP..

usah gentar usah takut teruskan perjuangan menuntut keadilan

Mahkamah tolak permohonan bebaskan 30 ahli PSM

June 30, 2011
Jeyakumar antara 30 ahli PSM yang direman. — Foto fail
GEORGE TOWN, 30 Jun — Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan agar dibebaskan 30 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kini ditahan reman untuk siasatan berhubung kesalahan mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Justeru tahanan reman selama seminggu ke atas mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj akan kekal sehingga 2 Julai ini.

Soal Jawab..TV 3/4 malam tadi...

malam tadi saya terbuka TV 3/4..ada rancangan soal Jawab
Pengacara :siTimun
moderator 1 ;siDatuk Kankung
moderator 2 :siSengkuang betina
moderator 3:siSalad Tua.

aku naik heran bila sipengujah bercakap soal keruntuhan ekonomi akan berlaku sekiranya Majlis Bersih pada 9 hb diteruskan,dan tambahan lagi sisengkuang betina mengatakan akan berlaku kenaikkan harga barangan atas sebab Bersih ...aduhhh aduhhh..tak sedaq diri lagi ke sipenjilat penjilat UMNOBN..barangan keperluan dah memang sedia naik dah angkara siUMNOBN..dan siSalad Tua entah apa yang dimerepekanya..mengatakan akan mengarahkan sipeniaga-peniaga dan keluarga mereka jangan mengambil bahagaian dalam Majlis Bersih pada 9hb nanti...aduhh

yang siDatuk Kangkung tua ada juga sentuh perlunya Rakyat membaca dan mengambil tahu asal usul siPenganjur Bersih ..kerana mereka mempunyai agenda tertentu yang akan mengoncang kestabilan Negara..hiiii siKankong Tua..sebab kami banyak membacaleh kami mengetahui siapa dalang disebalik semua angkara yang dihadapi di1malaysia ini..

sedarleh sikit wahai manusia manusia yang berjawatan tinggi dan yang bergaji besar yang anda sebenarnya dijadikan Pencacai dan Penjilat kotoroan buatan UMNOBN..jangan jadi Lembu dan biarkan diri anda terus dilembukan atas kepentingan peribadi Pimpinan UMNOBN

Pengacara siTimun lembik pun apa kurang hebatnya..asyik asyik membawa isu Bersih dan bahaya nya menyertai Bersih...leee kesian badan Muda ,otak Muda tapi cara pemikiran mengalahkan rakyat yang duduk dihulu..kesiannya aku melihat diri mereka dijadikan mangsa kepentingan UMNOBN...

AKHIRNYA ANDA SEMUA MEMANG LAYAK DIJADIKAN ROJAK dan dibaham Pimpinan UMNOBN kerana tahap mentalitit anda dibawah paras otak Lembu daging

Polis disebalik kekocohan..

Dimana UMNo kuat disitu Rakyat merempat..dalam soal ceramah..dimana Polis Muncul disitu ada kekecohan..kenapa..?depa ini suka sangat nak tengok kecoh ke..?JANGAN UJI KESABARAN RAKYAT...Rakyat sabar pun ada hadnya...
Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh
Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedPada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedKekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedSementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

Wednesday, June 29, 2011

Kenderaan Untuk ke Majlis bersih..bakal diperkenalkan..

hi hi hi masa itu Polis kena buat road blok kat awan...dan Fru kena pancut air dari awan..apa macam..?

Motosikal terbang pertama di dunia


CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.


SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

Bersih:sementara menunggu lagi 9 hari..berapa ramai lagi nak ditahan..?

UNTUNG BESAR KONTRAKTOR MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK TAHANAN PADA BULAN INI...ini dikatakan DURIAN RUNTUH..entah entah Taukeynya mengadu pada BOSS dia bisness slow..sooo apa lagi..tangkap ramai ramai..tapi apa pun makan kena seimbangan dengan Nilai harga...jangan hanya ikan masin aje tapi dibill rm10.25 sekepala sekali makan....hi hi hihi

Polis serbu pejabat Bersih, tahan tujuh sukarelawan

June 29, 2011
Polis tahan tujuh sukarelawan di pejabat Bersih. – Gambar oleh Jack Ooi

















KUALA LUMPUR, 29 Jun – Polis mengesahkan telah menahan tujuh sukarelawan Bersih ketika serbuan ke atas pejabat sekretariat badan pemantau itu di Petaling Jaya petang ini.

MENYUSUL LAGI

SAMAN..jangan Tak SAMAN...

SAMAN 1 MALAYSIA BIAR SAMPAI AG..naik kematu tak terbangkit dari kerusi..

Tahanan pra-Himpunan Bersih tak sah, kerajaan boleh disaman

June 29, 2011
Dua anggota polis dilihat mengawasi perkarangan pejabat Bersih di Petaling Jaya hari ini. —
KUALA LUMPUR, 29 Jun — Naib Presiden PKR N. Surendran mendakwa penahanan pra-Himpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah, sambil menambah mereka yang ditahan boleh menyaman kerajaan.

Peguam hak asasi manusia ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa tiada undang-undang di negara ini yang membenarkan penahanan pencegahan atau hanya kerana kemeja-T yang diisytiharkan haram hari ini.

Pejabat Pun dibersihkan...apa yang ditakutui sangat..?

KESIAN KERANA MASIH ADA YANG SUDI DIJADIKAN PENCACAI PENGANGKUT TAIK DAN PENYALAK PIHAK PIHAK TERTENTU...mana pi akai Kurniaan Allah..?
Polis serbu, gelidah sekretariat BERSIH 2.0
Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.

Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

NONEPejabat BERSIH 2.0 terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya.

Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

NONEAnggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggelidah pejabat itu.

Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.

NONEBeliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.

Menurut Maria sejak beberpa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

“Ini adalah hak asasi manusia, adlah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa,” katanya.

Jawatan Kuasa Badan Bertindak setinggan Keretapi Daerah Larut Matang

28hb Jun 2011.Badan Bertindak setinggan Keretapi Daerah Larut Matang dengan diketuai oleh sdr Idris Ismail bersama rombongan yang mewakili 339 penduduk ,keParlimen untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Hj Nizar untuk meluahkan perasaan mereka yang tidak puashati dengan tindakan-tindakan Kerajaan negeri,Pejabat Tanah Daerah dan MMC Gamuda kerana engkar mematuhi perjanjian dan persefahaman yang dibuat pada 26hb September 2008.
1.menyediakan Tapak rumah siap dengan prasarana dalam masa 2 tahun..sehingga sekarang tidak selesai.
2.membayar sewa rumah sebanyak rm300 sebulan selama 2 tahun,tetapi disambung pulak setahun lagi dan akan berakhir bulan ini..sedangkan tapak Rumah entah dimana dan seramai 339 penduduk tidak menerima sebarang surat ,yang dah diundi utk memiliki tanah pun tidak tahu dimana tapak mereka.
3.kegagalan kerajaan Perak untuk menyediakan tapak rumah berserta kemudahan dengan peruntukkan sebanyak rm8juta yang dikatakan telah digunakan untuk penyediaan itu,dan dimana untuk apa wang tersebut digunakan..?jangka masa sebelum bulan Jun 2011..tetapi yang seramai 339 penduduk entah apa yang diterima mereka..?


salinan Memo diserahkan sdr Idris kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Hj Nizar



Sdr Idris diiring YB Nizar .untuk menyerahkan Memorandum kepada Pegawai Khas Menteri Pengangkutan diPejabat Kementerian Pengankutan.

video.ucapan Sdr Idirs.

Hamidah dengan RM100. dan RM5800Juta...?

Nga Kor Ming: Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion?

Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja. Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.


Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

dengar Komen YB Nga Khor Meng.PC diLobi Parlimen.semalam.28hbJun.2011 Jam 3.22Petang.

Tuesday, June 28, 2011

apakah Jadahnya Bil sampai gini..?

Rakyat disuruh berjimat cermat..Gula Naik disuruh kurangkan Gula dalam makanan.Letrik Naik disuruh penggunan yang berhemah.air naik harga..disuruh berjimat cermat...cinabeng betol depa itu..guna sampai bil ratusan ribu untuk sebulan..apakah jadahnya..makan letrik..minum letrik tidur letrik pun tak sampai harga itu..satu kelarga yang sederhana katakan bil letrik rm 100 sebulan setahun rm1200.kalau hidup 80 tahun baru sampai 96ribu..yang jadahnya entah apa sebulan rm ratusan ribu..apa komen kakitangan kerajaan yang sokong bagai nak gila..bila tau pimpinan yang mereka sanjung belanja sebanyak ini..bukan duit kepala bapak depa pun semuanya DUIT RAKYAT...

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

dr siti mariah interview 300408 02Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. NONEMenurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

NONEMenurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Kita tunggu tengok apa Tindakan Pihak berkuasa..?

Susulan SMS ugutan diterima Khairy, Pemuda Umno kepung PKR


Sekitar 300 ahli Pemuda Umno menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat malam tadi.


















PETALING JAYA, 28 Jun — Sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.

Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.

Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno.

“Mereka memberikan ucapan di luar (pejabat PKR), mengancam jika Himpunan Bersih diteruskan, mereka akan mencederakan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.

Ambiga merupakan pengerusi Bersih manakala Anwar pula Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Mereka juga mengugut mahu membakar ibu pejabat (PKR),” kata Ahli Parlimen Machang ini.

Saifuddin berkata beliau telah membuat laporan polis di balai polis yang terletak bersebelahan ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun Lokman memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.

“Kami telah memberi arahan keras agar tidak membakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka,” katanya.

Monday, June 27, 2011

Kerana berbaju Kuning.semalaman diBalai...kalau tak berbaju boleh bermalam dirumah Jib..?

Pemuda PAS dibebas awal pagi tadi
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Tujuh pemuda PAS yang ditahan jam 11 tengahari semalam kerana memakai baju Bersih 2.0 di Taman Kosas, Ampang dibebaskan kira-kira jam 2 pagi tadi.

Mereka, Fadzlulrahimi Maarof, Shahril Suhaimi, Engku Faizan Engku Husien, Adha Isa, Fathullah Azam, Rozaimi dan Shafiee Yunos dibebaskan dengan jaminan polis selepas 15 jam ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Kesemua mereka semalam ditahan kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Terdahulu lebih 100 penyokong berkumpul di perkarangan pintu masuk IPD Ampang Jaya bagi mendesak kesemua yang ditahan dibebaskan.

Mereka berhimpun sejak jam 11 malam tadi dan turut disertai Adun Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin semalam mendakwa mereka memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

Beliau juga mendakwa mereka mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit.

Sambil menyelar penahanan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan polis itu telah memberi imej buruk terhadap penguatkuasaan undang-undang negara kepada dunia luar.

"Mereka hanya memakai baju dan menjual baju Bersih, apa salahnya?

"Ini hanya akan memburukkan imej perlaksanaan demokrasi dan penguatkuasaan undang-undang negara kita," katanya.

Dalam satu lagi tangkapan, seorang pemuda, Mohamad Amin ditahan malam tadi di balai polis Gombak kerana memakai lencana kuning bertulis Bersih 2.0.

Beliau bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan direkodkan pihak polis.

Sementara itu, di padang Gombak Ria pula, majlis penerangan dan pelancaran Bersih 2.0 terpaksa ditukar kepada ceramah Israk Mikraj ekoran dihalang lebih 50 anggota polis.

Kereta penceramah, Riduan Mohamad Nor yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS turut digeledah.

Pintu pagar masuk ke Pusat Khidmat Dun Gombak juga dikepong dan orang ramai dihalang masuk.

Majlis ceramah itu bagaimanapun diteruskan selepas polis mengenakan syarat tidak menyentuh isu himpunan Bersih pada 9 Julai ini.

Hasil UMNO..dalam Masjid VCD Lucah ok..warna kuning diharamkan..

MINDA UMNO DAH BERULAT DAN BUSUK...kerana baju warna kuning mangkuk punya UMNO boleh halau dan tuduh Munafik sedangankan pada masa yang sama..VCD LUCAH..dibenarkan dan siap diberi kawalan Polis UMNO..

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. (Gambar kanan)

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. (Gambar kiri)

Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

kOMUNIS..BERBAJU MERAH..?AYYYYOOOYO..

MACAM MACAM LAH ADA DI1MALAYSIA...kena check balik sejarah..kenapa KOMUNIS berbaju Merah..dan sekarang Pemuda UMNO,Perkasa pun dikhabarkan akan berbaju Merah...?

Bawa baju-T komunis

hmetro.com.my

ANASIR ...Abdul Rahim (tengah) menunjukkan baju-T tertera imej bekas pemimpin PKM yang dirampas daripada sekumpulan lelaki dan wanita.
ANASIR ...Abdul Rahim (tengah) menunjukkan baju-T tertera imej bekas pemimpin PKM yang dirampas daripada sekumpulan lelaki dan wanita.

KEPALA BATAS: Baju-T memaparkan imej tokoh komunis dan gerila Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che dan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng dan Rashid Maidin antara barangan dirampas daripada sekumpulan 31 lelaki dan wanita yang ditahan dalam sebuah bas dekat Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, kelmarin.

Bas dinaiki kumpulan dari Sungai Petani, Kedah dipercayai dalam perjalanan untuk menghasut orang ramai membenci kerajaan sambil membawa sejumlah baju-T itu termasuk risalah Parti Sosialis Malaysia (PSM), pembesar suara dan kain rentang.

Kumpulan berkenaan membabitkan 17 lelaki dan 14 wanita berusia antara 16 hingga 64 tahun diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar.

Polis yang mendapat maklumat mengenai kumpulan terbabit menahan bas dinaiki mereka di Plaza Tol Sungai Dua kira-kira jam 12 tengah hari serta merampas barangan yang diletakkan di ruang bagasi.


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, ahli kumpulan itu memakai baju-T kelabu mempunyai lambang gunting yang memotong dacing

Menurutnya, polis yang menjalankan pemeriksaan lanjut menemui sejumlah baju-T merah tertera perkataan ‘Kesatria’ serta gambar bekas pemimpin PKM seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Suriani Abdullah serta gambar pemimpin gerila Argentina itu.

“Turut dirampas beberapa naskhah akhbar PSM, bendera PSM serta kain rentang tertera tulisan ‘Udahla Tu...Bersaralah’ yang berbaur hasutan agar membenci dan menentang kerajaan selain risalah Bersih 2.0.

“Kumpulan itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU) untuk diambil keterangan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, kumpulan berkenaan membawa barangan berkaitan fahaman komunis yang diharamkan dipercayai untuk ke perhimpunan Bersih 2.0.

Katanya, kumpulan itu ditahan kerana boleh mengancam keselamatan orang ramai selain membawa unsur menghasut rakyat membenci kerajaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan (mengumpulkan senjata dan sebagainya dengan niat hendak berperang melawan Yang Dipertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri).

Sementara itu, semua mereka kecuali seorang remaja direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Ganjillll..?????mungkin pada yang tak beriman

Imej bandar ganjil di kaki langit

TUNGGU TUNGGU IMEJ BIGMUM ATAU TANYUYA ..MUNCUL ...!

SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.


HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

puisi berjudul “Unggun Bersih”..A SAMAD SAID.

WAA INGAT BAJU KUNING"BERSIH " SAHAJA YANG MENJADI IGAUAN UMNOBN....INIIII PUISI BERTAJUK "BERSIH" TURUT MENJADI IGAUAN PIMPINAN UMNOBN..khik khik khik...INI MEMANG LAYAK DIMETERAI DALAM "TODI BOOK OF 1MALAYSIA"

Bersih 2.0: Sasterawan Negara Samad Said juga dipanggil polis

June 27, 2011
Penyokong-penyokong Bersih bersorak sewaktu Ambiga (kiri) membuat ucapannya semalam di Kuala Lumpur. — Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 27 Jun — Sasterawan Negara Datuk A Samad Said turut dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

The Malaysian Insider difahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.

Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul “Unggun Bersih”.

Dalam akaun Twitternya lewat malam tadi juga dihantar mesej merujuk kepada puisinya itu dan blognya di bawah alamat “Hujan Pagi http://samadsaid.wordpress.com/2011/06/26/unggun-bersih/”.

Ia seterusnya membawa pengunjung kepada teks ucapan ringkas beliau.

Beberapa pengunjung laman mikro Twitter juga mengulas mengenai perkara tersebut malam tadi.

Peguam dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya dalam mesej menerusi akaun Twitternya berkata, Samad dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan akan disoal siasat oleh polis hari ini.

Mereka dijangka akan hadir di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis tidak akan memberi permit bagi Himpunan Bersih 2.0 dan dua perhimpunan balas yang akan diadakan pada hari yang sama, anjuran Perkasa dan Pemuda Umno.

“Sasterawan Negara Malaysia berusia 76 tahun, A Samad Said dan pemenang terbaru anugerah International Women of Courage Ambiga akan disoal siasat oleh polis (berkaitan Bersih 2.0) esok (hari ini),” kata beliau dalam mesej Twitternya.

Naib Presiden PKR N Surendran pula mengemukakan persoalan mengapa Sasterawan Negara itu perlu dipanggil polis.

“Apa salah Pak Samad Said, diheret ke balai polis esok (hari ini)? Kerana membaca puisi di majlis Bersih!,” kata beliau dalam mesej Twitternya.

Berdasarkan teks ucapan yang diperoleh dari blog Samad, beliau antara lain menyentuh bahawa “murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini.”

“Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan,” kata beliau.

Beliau seterusnya berkata, “kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi?”

“Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?

“Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni,” kata Samad lagi.

Sunday, June 26, 2011

Guru guru usah gentar usah Takut...Jom bersama jayakan "Bersih"

Guru berhak menyertai himpunan Bersih

Posted by admin on June 26th, 2011

Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud menyelar Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengugut untuk menggantung tugas dan gaji guru yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.“Penglibatan guru dalam himpunan itu, wajar dan haknya sebagaimana individu lain yang dijamin dalam Perlembagaan. Guru perlu turut sama bagi memeriahkan lagi sistem demokrasi negara,” katanya.

“Dakwaan himpunan itu menimbulkan kekacauan hanya ramalan kerana ia berlaku jika penentang Bersih dari kumpulan tertentu menimbulkan huru-hara,” katanya yang menyifatkan kenyataan Puad itu bakal merudumkan lagi indeks demokrasi negara.

Nordin berkata, kenyataan Puad tidak profesional kerana perjuangan Bersih wajar dan tepat pada masanya.

“Kita sedia maklum, institusi pendidikan negara adalah antara tapak pengembangan sistem demokrasi melalui pendidikan di peringkat rendah. Pastinya, murid dididik oleh guru.

“Dua komponen ini penting ke arah pemahaman sistem demokrasi negara,” katanya.

“Bersih sejak beberapa tahun lalu, sudah melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkaitan. Malangnya, ia ditolak. Maka, wajar mereka mengadakan himpunan aman,” katanya.


Seantor Tahiland lagi mengerti dari UMNOBN...

TAKUT SANGAT A[HAL.?NAK SOROK APA UMNOBN..?CUMA NAK BERHIMPUN DAN JALAN KE ISTANA MENYERAH MEMO..SELEPAS ITU BERSURAI,SHOPPING DAN JALAN JALAN..ITU SAHAJA..AWATLE DEMO PIANG SANGAT INI..ADA APA DISEBALIKNYA TU..?

Pakar: Demo Bersih tidak boleh dihalang

Posted by admin on June 26th, 2011

Seorang Senator Dewan Negara Thailand bagi Pattani, Dr Worawit Baru (gambar)menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 tidak perlu dihalang kerana ia biasa berlangsung di mana-mana negara demokrasi. “Perhimpunan (ini) merupakan kempen untuk pilihan raya yang bersih, adil, terlepas daripada sebarang tuduhan.

“Jadi, saya ingat (ia) pentinglah kalau kerajaan atau mana-mana pihak tidak ada sesuatu (untuk disorok),” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Buruh dan Kebajikan Sosial Patani.

Dr Worawit juga menyatakan keyakinannya dengan keupayaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia jika menang pilihan raya umum akan datang.

“Pakatan Rakyat beri gambaran baru (dalam politik Malaysia), melangkaui etnik tetapi menghormati kaum,” katanya.

Beliau menyeru Pakatan Rakyat untuk terus bekerja keras bagi mengekalkan momentum perubahan di Malaysia.

“Kalau nak lawan dalam politik, strategi kena tetapkan, kajian kena jalankan dan kerja kena kuat. Malaysia agak susah tukar (kerajaan) sebab rakyat sudah biasa diperintah Barisan Nasional,” katanya.

Sementara itu, pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Abdul Aziz menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.


Raja Kelntong mengatasi Raja Lawak..khik khik khik

khik khik khik gempar sampai tak leh dipercayai langsung..kalau nak buat lawak pun biar berpadah..biar manusia di1Malaysia boleh guna akai sikit..khik khik khik..DAH JADI KETUA PEMUDA PUN PRESIDEN TAK NAMPAK..jawatan dalam Kabinet pun PieeeM tak terfikir..ini pulak SMS ugutan Bunuh..khik khik..lu sendiri tengok apa standrad lu sampai orang MAU UGUT LU BUNUH......khikkhk khikkkkhik.Jangan ada nanti rakyat gelak tergolek sampai tergeliat mulut...udah udah banyak lagi kerja kau..nak buat..

Khairy: Saya juga terima SMS ugutan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mendakwa beliau juga menerima ancaman terhadap keselamatannya melalui SMS.

NONEMenurut twitternya, ahli parlimen Rembau itu berkata beliau, setiausaha Pemuda Umno, Megat Firdouz dan beberapa pemimpin
pergerakan itu menerima SMS memberi amaran kepada mereka tentang risiko perhimpunan 9 Julai yang dirancang oleh beberapa pihak berhubung pilihan raya yang adil dan bebas.

Twitternya berbunyi: "SMS kpd saya, Megat SU Pemuda UMNO & pimpinan lain mengenai himpunan 9 Julai merupakan ugutan terhadap Keselamatan. Akan report Polis. # Fb

Twitter Khairy itu datangnya hanya beberapa hari selepas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerima SMS amaran Rabu lalu sekiranya meneruskan perhimpunan Ahad depan.

PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan Belia berikrar untuk membawa lebih 100,000 ahli mereka menyertai perhimpunan BERSIH, yang dijadual bermula di tiga lokasi berbeza dan kemuncak ialah penyerahan memorandum mengenai pilihan raya bebas dan adil kepada Istana Negara.

Tiada satupun kumpulan yang terlibat sama ada BERSIH 2.0 dan kumpulan pro-BN seperti Pemuda Umno dan PERKASA - yang mahu mengadakan perhimpunan melawan BERSIH pada hari yang sama, mendapat permit polis

Saturday, June 25, 2011

kahk kahk kahk ..ini jadahnya BILA UNDANG UNDANG TIDAK DOHORMATI oleh Pemegang Amanah sendiri..

Polis kepung lokasi, jelajah Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam batal

June 25, 2011
Beberapa anggota polis mengawal ketat lokasi program jelajah menjelang Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi
















SHAH ALAM, 25 Jun — Program jelajah menjelang Himpunan Bersih 2.0 di sini malam tadi dibatalkan selepas polis mengepung lokasi kempen dengan mengadakan sekatan jalan di beberapa kawasan di ibu negeri Selangor ini.

Selain itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Annuar di lokasi majlis itu.

Khairul, yang mengenakan kemeja-T Bersih 2.0, ditahan dan digari ketika mendekati pentas yang kosong di Seksyen 24.

Di pentas pula diletakkan kain rentang “Haraf Maaf, Pentas Ini Ditutup” dengan logo PDRM.

Lokasi itu dimaklumkan sebagai kawasan larangan dengan diletakkan pita kuning yang tertera mesej “Dilarang Melintas”.

Bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, yang dijadualkan bercakap pada majlis itu tidak muncul manakala tiada sesiapa yang lain dilihat mengenakan kemeja-T Bersih 2.0.

Beberapa peniaga di kawasan Uptown Shah Alam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pelanggan mereka tidak dibenarkan masuk kawasan perniagaan ekoran sekatan jalan polis.

Selain di Shah Alam, program jelajah juga telah diadakan di Kluang, Johor.

Program seumpama itu akan diadakan di beberapa kawasan lain malam ini dan esok.

Dalam pada itu, Setiausaha AMK Selangor Mohd Rezwan Alias berkata pihaknya telah memutuskan untuk menghantar seramai 1,000 ahli Skuad AMK Selangor untuk bertugas semasa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Katanya, pendirian AMK Selangor amat konsisten dalam menyokong perhimpunan ini dengan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya agar menerima lapan tuntutan Bersih iaitu membersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses kepada media bebas dan adil, masa kempen minimum 21 hari, mengukuhkan institusi awam, menghentikan politik rasuah dan menghentikan politik kotor.

Misi Gaza.Amaran amerika sekadar wayang Kulit..!

TAPI APA PUN PARA PESERTA ROMBONGAN TIDAK PERLU RISAU DAN BIMBANG..DAH TENTU ADA TETAMU MEYAMBUT RED CARPET...SATU GENGGGGG..APCO DAN THE GENG....."DIMANA ADA UMNO DISITU ADA RIBUT"..

Misi Gaza: Grup Malaysia pergi tanpa MP Pakatan, tidak hirau amaran Amerika

June 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Rombongan Malaysia yang menyertai Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza, selama seminggu bermula minggu depan, akan meneruskan programnya meskipun tidak disertai wakil Pakatan Rakyat, malah Amerika Syarikat beri amaran agar tidak mengadakan misi seumpama itu.

Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) membuat keputusan muktamad menarik diri daripada pasukan Malaysia misi ke Gaza kali ini atas alasan ia telah dicemari oleh politik BN dan penganjurnya.

“Saya dah buat keputusan untuk tarik diri. Misi Gaza telah dicemari politiking oleh (Datuk Seri) Najib (Razak) dan penganjurnya. Saya dimaklumkan NGO yang tinggal pun hanya NGO yang pro-BN iaitu Aman Malaysia dan Ihsan (Pekida). Muslimcare, Yayasan Amal semua dah tarik diri.

“Selebihnya saya akan kemas kini blog selepas kembali dari Mekah ke Jazan,” kata Khalid semalam.

Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, “kami akan meneruskan misi kami sebagaimana telah dijadualkan, esok.”

Sambil mempertahankan bahawa misi kali ini tidak dipengaruhi atau dimonopoli oleh Umno-BN, Dr Noorazman berkata, pihaknya hendak menaiki kapal misi kemanusiaan atas solidariti rakyat Malaysia tetapi “nampaknya ia tidak tercapai kali ini.”

“Apa yang dikatakan (dimonopoli) tidak betul sepenuhnya,” kata Dr Noorazman lagi sambil menambah, pihaknya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan wakil rakyat itu mahu menarik diri daripada menyertai misi kali ini.

“Dia (Khalid) tidak beritahu (kami) secara rasmi, cuma dengar dari jauh,” katanya.

Menurut Dr Noorazman, kali terakhir Khalid, wakil Pakatan Rakyat, menghubunginya adalah pada Isnin lalu untuk bertanya tentang butiran perjalanan.

“Kami berharap Pakatan Rakyat juga ada wakil untuk menunjukkan solidariti dalam misi ini, tetapi beliau menarik diri... itu hak dia (jika mahu menarik diri),” tambah beliau.

Tempat Khalid akan digantikan oleh orang lain tetapi bukan wakil rakyat, kata Noorazman sambil menambah, “jika hendak digantikan dengan ahli Parlimen sangat sukar pada saat-saat akhir.”

Pengganti itu juga bukan wakil Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut semalam, Khalid juga berkata, beliau langsung tidak tahu-menahu mengenai 10 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi ini akan berlepas ke Athens esok.

“Saya tidak menerima sebarang maklumat daripada penganjur berkenaan perkara terbaru ini. Kali terakhir saya menelefon penganjur pada 20 Jun lepas tetapi tiada kata putus berkenaan sukarelawan yang akan terlibat.

“Ini yang buat saya lebih yakin ada agenda lain... bukan untuk menolong rakyat Palestin di Gaza tetapi bermotifkan politik semata-mata,” ujarnya lagi.

Dr Noorazman pula menjawab pihaknya sangat berharap Khalid akan menyertai misi kemanusiaan kali ini tetapi tiada respons sehinggalah “kami membaca laporan The Malaysian Insider.”

“Tiada respons (daripada Khalid), sepatutnya tidak ada kepincangan dalam perpaduan rakyat dalam hal ini, sebab parti-parti politik, kita ada wakil dia, oleh kerana tiada respons, kami anggap beliau tarik diri,” katanya.

Khalid akan kembali ke tanah air Selasa ini.

Flotilla kali ini bukan hanya disertai sukarelawan negara Islam, malah dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Barat, termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

Semalam, media asing juga melaporkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton menegaskan pihaknya menentang rancangan aktivis pro-Palestin termasuk 10 orang dari Malaysia yang mahu mengadakan misi kemanusiaan kedua ke Gaza minggu depan sambil menyifatkan ia satu tindakan yang hanya akan memprovokasi Israel.

“Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza,” kata beliau di Washington.

Pada 31 Mei 2010, komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat, yang menaiki kapal Turki misi kemanusiaan ke Gaza.

Menjawab perkembangan itu, Dr Noorazman berkata pihaknya sedar tentang perkara tersebut termasuk pelbagai tekanan yang dikenakan sejak baru-baru ini.

Justeru katanya, rancangan pihaknya tidak mengalami sebarang perubahan setakat ini.

“Ya, kami sedar. Memang ada tekanan, dikenakan peraturan baru dan yang ketat termasuk ke atas kapal-kapal yang hendak digunakan. Tekanan dikenakan di Greek dan di negara-negara Eropah yang lain.

“Pun begitu, setakat ini tiada perubahan dalam perjalanan kami,” katanya lagi.

Friday, June 24, 2011

Khalid samad:elok sangat tarik diri..

kalau dah ada campur tangan UMNO maka akan porak perandale..buka setakat kapal tapi dalam kapal pun nanti jadi haru biru..siap askar Israel mai campur dan tumpang sekaki kena todi dengan geng itu..kan mereka SERUPA..APCO bersama....lain kali kalau diizinkan Allah boleh join.."DIMANA ADA UMNO DISITU ADA APCO"..ini bebaru ini SU amerika pun dah start komen ttg pasukan bantuan tajaan UMNOBN..nak apa lagi...memang mereka dajjal termasuk UMNO..

Misi Gaza: Khalid Samad tarik diri, dakwa dicemari politik BN

24, 2011


KUALA LUMPUR, 24 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membuat keputusan muktamad menarik diri daripada menyertai Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza, selama seminggu yang bermula minggu depan, di sebalik dakwaan bahawa Umno cuba memonopoli misi murni itu.

Khalid (gambar) berkata, misi ke Gaza ini telah dicemari oleh politik BN dan penganjurnya.

“Saya dah buat keputusan untuk tarik diri. Misi Gaza telah dicemari politiking oleh (Datuk Seri) Najib (Razak) dan penganjurnya. Saya dimaklumkan NGO yang tinggal pun hanya NGO yang pro-BN iaitu Aman Malaysia dan Ihsan (Pekida). Muslimcare, Yayasan Amal semua dah tarik diri.

“Selebihnya saya akan kemas kini blog selepas kembali dari Mekah ke Jazan,” katanya kepada The Malaysian Insider petang ini.

Dalam kenyataan Ahad lalu, Khalid mengakui “berat hati” untuk menyertai misi keselamatan membantu rakyat Palestin selepas mendapati Umno cuba memonopoli program itu dengan menggugurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat ke Palestin.

Justeru beliau yang akan mewakili ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkata, perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan perikatan itu untuk memutuskan sama ada menarik diri ataupun sebaliknya.

Mengulas lanjut, Khalid juga berkata beliau langsung tidak tahu-menahu mengenai 10 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi ini akan berlepas ke Athens, Ahad ini.

“Saya tidak menerima sebarang maklumat daripada penganjur berkenaan perkara terbaru ini. Kali terakhir saya menelefon penganjur pada 20 Jun lepas tetapi tiada kata putus berkenaan sukarelawan yang akan terlibat.

“Ini yang buat saya lebih yakin ada agenda lain... bukan untuk menolong rakyat Palestin di Gaza tetapi bermotifkan politik semata-mata,” ujarnya lagi.

“Kali terakhir saya menghubungi penganjur pada 20 Jun (Isnin), tiada pengesahan pada masa itu,” katanya lagi dalam kenyataan SMS hari ini.

Khalid akan kembali ke tanah air pada Selasa depan.

Berdasarkan laporan semalam, 10 sukarelawan pasukan LL4G kedua mewakili Malaysia akan berlepas Ahad ini.

Menurut laporan itu sukarelawan itu terdiri daripada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, rombongan yang diketuai Presiden LL4G Dr Noorazman Mohd Samsudin, disertai Pengerusi Aman Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, Khalid sendiri dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Mengikut laporan media sebelum ini, misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan “Pertahankan Kemanusiaan” dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan sekatan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Flotilla itu bukan hanya disertai sukarelawan negara Islam, malah dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Barat, termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

Dalam tulisan di blognya kelmarin, Khalid berkata Umno sekali lagi membuktikan bahawa ia parti yang sentiasa berusaha untuk menipu rakyat dan menghalang kebenaran daripada terserlah.

“Saya masih ingin menyertai walaupun misi ini ketika ini dikelilingi dengan pemainan politik, penipuan serta ketidakikhlasan. Insya-Allah saya akan ke Mekah pada petang ini (22 Jun, Rabu lalu) dan di hadapan Kaabah saya akan beristikharah mengenai penglibatan saya dalam misi ini.

“Misinya penting seperti yang saya sebutkan di atas, namun tidak perlu saya terlibat sekiranya ia bermatlamatkan kepentingan politik Umno dan untuk dijadikan hujah untuk menipu rakyat. Kononnya mereka membela rakyat Palestin sedangkan sumbangan mereka kepada APCO sebanyak RM147 juta dalam tempoh dua tahun amat disyukuri Israel,” katanya lagi.

Kata beliau kagi, “misi yang semulia ini tidak sepatutnya dicemari melalui putar belit politik dan penipuan dan pembohongan seperti yang telah berlaku.”

“Belum apa-apa lagi, ia sudah jelas, misi LL4G (kedua) tidak akan seperti yang pertama. Sebenarnya, flotilla pertama dahulu tidak diambil tahu pun oleh pihak kerajaan BN sehinggalah apa yang telah berlaku.

“Sekembalinya mereka, maka mereka disambut oleh Najib dan segala kepura-puraan bermula selepas itu. Cuma bezanya pada kali ini, ia bermula dari awal lagi,” kata Khalid yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Manusia manusia berotak" BINGGAI.."

100 DALAM 24 JUTA MANUSIA DIBUMI MALAYSIA..hari ini dengan rasminya mengistiyarkan diri mereka termasuk dalam geng BINGGAI lagi TOLOL..ha ha ha..adapulak Tulisan PERKASA PENYELAMAT BANGSA & NEGARA..khik khik khik KALAU DITULIS"KAMI PERKOSA BANGSA & NEGARA..boleh juga diterima dan memang benar..cuba tanya Ahli ahli yang 100 orang kat situ..berapa RUKUN ISLAM dan berapa RUKUN IMAN...?siapa nak jawab...habis sangat pun akan melalak macam boss mereka bila jumpa MIC...
hi hihi
Demo bising sokong 'Datuk T' luar mahkamah
Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.

datuk t supporters in court 1Kehadiran mereka bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

Datuk T hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu. Kesemua mereka mengaku bersalah.

Ketiga-tiga mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.

Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', kumpulan itu juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.

datuk T supporters in court mohd suhaimin in whiteBercakap kepada wartawan, seorang lelaki memberitahu, mereka terdiri daripada “pelbagai NGO dari seluruh negara”.

"Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini.

"Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T,” kata lelaki yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Lelaki itu kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin (atas, baju putih) yang juga seorang pembantu kepada Rahim.

Sementara, datuk t supporters in court 2Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismail berkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan.

"Tak ada orang yang bayar kami untuk datang,” katanya.

Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh.

Tunggu dah Lihat.........

kalau benar membantu Rakyat ayuh saya cukup mengalu alukan tetapi disebalik Kedai Rakyat bila adanya penguasaan UMNO..kerana atas alasan Kedai Rakyat @ kedai 1 Malaysia..kita tunggu dan lihat apa kesudahaannya..mungkin bakal berakhir seperti kelinik 1 malaysia..tinggal nama...petugasnya entah kemana(sesiapa yang berurusan dengan kelinik 1malaysia tahule kesannya)..KATA KATA YG CUKUP POPULAR: DIMANA ADA UMNO DISITU ADA KERUNTUHAN.......(JANGAN JANGAN IDEA MEMBUKA KEDAI INI SATU LAGI PROJEK UMNOBN UTK MENGAUT WANG RAKYAT KE PE..?)

Kedai Rakyat cegah peniaga kaut untung lebih


BEBERAPA pengunjung membeli barangan keperluan mereka di Kedai Rakyat 1Malaysia, Stesen LRT Kelana Jaya semalam.


KUALA LUMPUR – Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia kelmarin mendapat sokongan daripada persatuan pengguna yang rata-rata berpendapat ia dapat membantu orang ramai berjimat cermat dalam perbelanjaan harian mereka.

Menurut mereka, kewujudan kedai itu dilihat mampu menangani masalah penipuan yang dilakukan segelintir peniaga untuk mengaut untung berlebihan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, harga jualan yang murah di Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana peniaga mengambil kesempatan pada saat pelbagai krisis harga barang yang timbul sekarang sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

“Dengan wujudnya kedai seperti ini, pengguna mempunyai alternatif ketika membeli barangan keperluan asas pada harga lebih murah tetapi berkualiti.

“Tidak dapat dinafikan kedai berkonsepkan mesra rakyat ini mempunyai pelbagai implikasi positif terhadap rakyat serta ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Yusof berharap masalah kenaikan harga barang yang semakin menular dapat ditangani dengan pembukaan kedai berkenaan.

Beliau mengulas pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen LRT Kelana Jaya kelmarin.

Video seks:Keputusannya dah diketahui ke..?

HA HA HA HA SERONOK KENA DAKWA..MUNGKIN KERANA DAH ADA JAMINAN ATAU BON DARI PIMPINAN BESAR KOT...?HI HIHIHI..KEPUTUSAN DAN HUKUMAN DAH PUN DITETAPKAN KE..?PONING ISU VCD LUCAH..1MALAYSIA LUCAH..!

Video seks: Kami sudah sedia hadapi dakwaan, kata Eskay









KUALA LUMPUR, 24 Jun — Trio Datuk T akan didakwa pagi ini berhubung isu menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata, “kami sudah bersedia” untuk muncul di mahkamah.

“Salam, esok (hari ini) pukul 8 pagi, kami bertiga akan berada di mahkamah Jalan Duta,” kata ahli perniagaan itu dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider.

“Insya-Allah saya tidak menjangka akan ada apa-apa masalah esok (hari ini). Kami sudah bersedia,” kata Shazryl ketika dihubungi menjelang pendakwaan ke atas mereka hari ini.

Selain Shazryl (gambar), dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui bertanggungjawab mempertontokan rakaman video seks terbabit kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Dua hari lalu, Shazryl Shazryl mengesahkan mereka akan dihadapkan di mahkamah, mengakhiri tanda tanya pelbagai pihak tentang kesudahan perkembangan insiden tersebut.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan isu ini akan membawa perkembangan terbaru ini, yang bakal memanaskan politik negara.

Ketiga-tiga Datuk T ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah pun menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Tindakan Datuk T yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet dan sejak lebih sebulan lalu dalam bentuk cakera padat di seluruh negara.

Thursday, June 23, 2011

Bersih ..serentak diLuar Negara...sooo apa lagi..

uhhhhh rupanya dimana ada sekumpulan rakyat malaysia..akan mengadakan demo Bersih dihadapan pejabat kedutaan Malaysia....ohhh gitu..so apa lagi..rakyat Malaysia..kena Turun habis habisan...

Kempen Bersih 2.0 diadakan serentak di luar negara

June 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal,” kata jawatankuasa itu lagi.

“Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi,” kata beliau lagi.

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

“Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13,” katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0.

Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.

Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.

Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.

Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.

sms ugutan..siapa disebaliknya..?

ISU INI KENA TANYA BERHIM ALI ALKATAKI..SIAPA PUNYA KERJA BODOH INI..SEBAB SEBELUM INI PUN RAJA KATAKI DAH BIASA PIJAK DAN BAKAR GAMBAR AMBIGA..APA KATA AWWW AWWW..:arahkan PDRM siasat siasat dan siasat lagi selepas itu.tanya siBotak apa tindakan..dah tentu tiada apa kes untuk disiasat...

SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan
Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

ngo pro selangor government rally 230111 ambigaAmbiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".

Kelantan..AKAI PENDEK BILA terpengaruh Idea UMNO..

syukur Alhamdulliah...cepat sedar dan Insaf..lain kali kena lebih berhati hati jangan ikut cakap cakap hasutan UMNO..akhirnya bila ada masaalah UMNO akan tinggalkan kita keseorangan..UMNO memang Jahat akan menjadi sesiapa sahaj Mangsa mereka untuk merebut kembali Kuasa..

Peniaga mohon maaf pada kerajaan negeri
M Yarisman

KOTA BHARU, 23 Jun: “Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf,” demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.

Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri.

Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya.

“Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru.

“Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya.

“Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini,” katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai ‘kebajikan laluan’ di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan.

“Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai.

“Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011,” katanya.

Wednesday, June 22, 2011

UMNO PENDERHAKA KPD RAJA RAJA MELAYU..!

*PENGASAS UMNO DATO ONN JAAFAR DIBUANG DARI ISTANA JOHOR PADA TAHUN 1920 DAN MEMBAWA DIRI KE SINGAPURA KERANA KRITIK SULTAN ATAS ISU HARTA.

*1974 TAN SRI GHAZALI JAWI(BAPA TAJUL ROSLI MANTAN MB BN PERAK)YANG TIDAK MAHU LETAK JAWATAN MB PERAK ,WALAUPUN PERJANJIAN ASALNYA DIA HANYA PEGANG DUA TAHUN SHJ...

*MEDIA 3/4 YG PRO UMNO KRITIK SULTAN SECARA TERBUKA BILA DATO RAHIM BAKAR BEKAS MB PAHANG BERSELISIH DENGAN SULTAN PAHANG..(APA TINDAKAN PEJUANG MELAYU..HAMPEH)

*UMNO BELASAH RAJA RAJA MELAYU PADA TAHUN 1983 KERANA MENOLAK CADANGAN SUPAYA KUASA YDP AGUNG MENGENAI PENGISTIHRAN DARUAT DIKURANGKAN..(MANA IBRAHIM KATAKIS)

*1991 DALAM PERSIDANGAN AGUNG BERUK BERUK UMNO ....SULTAN KELANTAN DIHENTAM RAPAT DAN TERBUKA KERANA MENYEBABKAN UMNO KALAH DIKELANTAN.(PERKASA MASIH MENCARI KASUT BARU)

*DEMO DAN HANTAR MEMORANDUM KEPADA SULTAN KELANTAN DIBUAT OLEH JUAK JUAK PIMPINAN UMNO KELANTAN(MASA ITU MANA PEGI DERHAKA DAN DAULAT TUANKU)

*18HB JAN 1993 PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YG MEMBOLEHKAN RAJA DIBAWA KE MAHKAMAH.APABILA RAJA RAJA MELAYU MINTA TANGGUH PINDAAN INI..SICILAKO MEDIA 3/4 DENGAN KERJASAMA UMNOBN MENGKRITIK SECARA TERBUKA LAGI HEBAT.

*BEBERAPA SIRI RAPAT UMUM HARAM LAGI JADAH TAJAAN UMNO DIALORSTAR,BAGAN DATOH,SEREMBAN,BATU PAHAT DAN MELAKA UNTUK MENUNJUKKAN SOKONGAN PADA MAMAK MAHDEY DAN MENGECAM RAJA RAJA MELAYU..(MASA ITU UMNO NAMPAK MAMAK KUTTY HEBAT DARI RAJA RAJA MELAYU)UMNO PEJUANG BANGSA KONON BANGSA APA WAHAI UMNO..MAMAK ATAU MELAYU..jawab kau wahai raja katak..?

*MENABAL TUNKU IBRAHIM INDERAPUTERA DIBAWAH POKOK DIKETEREH PADA 20HB APRIL 1993 UNTUK MENGANTIKAN SULTAN ISMAIL PETRA OLEH SIMALAUN ANWAR MUSA..(DAH LUPA KE WAHAI PEJUANG MELAYU)daulat Tuanku konon..Melayu Leka hilang Kuasa...memang betul dan tepat kalau MELAYU masa itu Leka bikinan kerja kerja dajjal siUMNO..memang dah Melayu hilang Kuasa..

*SAHIDAN KASIM BEKAS MB PERLIS PADA 11HB JUN 1993(BERITA HARIAN) MENGELUARKAN KENYATAAN BIADAP..SULTAN KELANTAN TIDAK LAYAK MENDUDUKI TAKHTA DIA ADA BUKTI.KONON...mana katak melayu masa itu..?

*MOHD TAIB (MIKE TYSON) KATA NIZAR DERHAKA,DIA DAH LUPAKAH BAWA LARI KU YAH(PUTERI SULTAN SELANGOR)KE SIAM DAN KAHWIN DISANA HINGGA SULTAN MURKA..INI BUKAN DERHAKA..?WAHAI MELAYU PERKASA..

*KES UMNO LAWAN UMNO..24 ADUN UMNOBN UGUT BOIKOT ANGKAT SUMPAH JIKA LANTIK MOHD SAID SEBAGAI MB DITERENGGANU SELEPAS PILIHANRAYA 2008..BUKAN DERHAKA KE..?

*PENYOKONG UMNO BERSAMA SOKONGAN PIMPINAN UMNO MENGATAKAN SULATAN BINATANG DENGAN TULISAN TULISAN MENGHINA SULTAN DIBANNER..KENAPA POLIS MEMBISU DAN JADI PENCACAI SEWAKTU ITU..?

*SAHIDAN KASSIM BOIKOT PERLANTIKAN ISA SABU SEBAGAI MB PERLIS..INI APA NAMANYA WAHAI PEJUANG MELAYU..BUKAN DERHAKA NAMANYAKE..?

*RAHIM TAMBI CIK..HERO FILEM ROGOL REMAJA MEMINTA SUPAYA AMALAN PANGGILAN PATIK YG DIGUNAKAN SEWAKTU BERKOMUNIKASI DGN SULTAN DIHENTIKAN MEMADAI HANYA MENYATAKAN SAYA TUANKU( BERITA HARIAN 3HB FEB 1993...BUKAN DERHAKA NAMANYAKE..WAHAI PEJUANG MELAYU..?

* DATO ZAHID HAMIDI KETIKA MENJADI KETUA PEMUDA UMNO MENCABAR SUPAYA SULTAN KELANTAN ISMAIL PETRA TURUN TAKHTA(BH 11/2/93) SIAPA DIA SI ZAHID INI WAHAI MELAYU PERKASA..?

zakat..wang zakat diluluskan untuk kegunaan sendiri.

APAKAH JADAHNYA MEREKA MEREKA INI..WANG ZAKAT DIBELANJAKAN SESUKA HATI MEREKA MACAM HARTA EMAK PAK DIA ORANG AJE..CILAKO SUNGGUH LE DEPA ITU..KEPADA PEMBAYAR PEMBAYAR ZAKAT BERHATI HATI...EMMM DAH TAHU MACAM INI..SELEPAS INI FIKIR DULU SEBELUM BAYAR ZAKAT DISANA..BANYAK LAGI TEMPAT DAN CARA UNTUK JALANKAN KEWAJIPAN ANDA..

Pengarah Jawi 'Che Mat Ali' yang meluluskan wang zakat kpd s/u Majlis Agama Islam Wilayah 'Che Mat Ali'

Qazaf Anwar: MAIWP didakwa guna wang zakat

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution hari ini mengecam tindakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu.

Beliau yang dipetik TV Selangor, berkata dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

NONE"Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali (kanan) memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah," kata Saifuddin yang juga setiausaha PKR di lobi parlimen.

Bayaran kepada syarikat guaman itu merujuk kepada pengendalian kes Mahkamah Tinggi Syariah dan Wilayah Persekutuan antara Datuk Seri Anwar Ibraim melawan Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes tuntutan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Adzlan.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengemukakan aduan mengenai perkara tersebut.

Anwar memfailkan saman itu berikutan ketiga- tiganya dilihat melengah-lengahkan tuntutan qazaf yang difailkannya.

azlanBeliau terkejut apabila diberitahu bahawa ketua pendakwa syarie memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.

Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas semua pendakwaan dan pelaksanaan undang- undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.

Bersih Peguam bersiap sedia hadapinya...

wawwww..hebat macam nak g perang pulak geng peguam peguam..bersiap sedia siap dengan bengkel dan latihan amali kot..nak hadapi Polis Polis "UMNOBN"
kalau Polis diRaja Malaysia..senang aje ceritanya...

Bersih 2.0: Lawyers for Liberty anjur bengkel
Afiq Hizami, pelatih UKM

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu bengkel terbuka berhubung hak anda berhadapan polis sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini.

Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan berhubung apa yang hendak mereka lakukan sekiranya ditangkap dan dipukul oleh pihak polis.

"Justeru itu, kita mahu mereka semua bersedia dalam menyertai perhimpunan ini agar mereka tidak takut mahupun gentar apabila terdapat sebarang tindakan yang dilakukan oleh polis semasa dalam perhimpunan itu nanti.

"Oleh itu saya menasihatkan pada orang ramai supaya tidak panik dan gusar untuk berhimpum dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini kerana dengan pendedahan yang kita akan berikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang yang sewajarnya," ketika dihubungi Harakahdaily.

Bengkel yang bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh peguam hak asasi N Surendran dan bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain.

Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun 2011 pada hari Khamis bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jalan Maharajalela Kuala Lumpur.

Ia akan bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh mendaftar dengan cara menghantar email kepada
fadiahnadwa9@yahoo.com atau menghantar pesanan ringkas (SMS) ke nombor berikut 012-4651671 berserta dengan butiran pribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat email

siapa sebenarnya TOLOL..kalau bukan diri sendiri..

kahk kahk kahk mamat ini ingat UMNO ke..boleh sponser dan makan nasi bungkus...deeee mamat..ini segala perbelanjaan sendiri tanggung ..lu tahu ke..?dut dari keringat sendiri bukan duit songlap macam geng hangpa..ada tau ke..?

Bersih: Ada taktik lawatan percuma ke KL

Posted by admin on June 22nd, 2011

Demi untuk mencapai sasaran jumlah yang besar nampaknya pembangkang mula menggunakan tipu daya bagi mengelirukan rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih. Nampaknya sudah ada gerakan untuk mengelirukan rakyat khususnya masyarakat di luar Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan haram itu kononnya tawaran lawatan percuma ke ibu negara.

Justeru Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar)mengarahkan semua wakil rakyat di negeri ini turun padang bagi menerangkan kepada rakyat motif sebenar perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Jelas beliau semua wakil rakyat diminta menasihati penduduk di kawasan masing-masing supaya tidak terpengaruh dengan ajakan pihak yang sanggup menanggung kos pengangkutan, penginapan dan makan minum atau tawaran program lawatan percuma ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan jalanan haram itu.

“Perhimpunan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat malah memberi pelbagai bentuk kerugian termasuk menganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara serta menjejaskan aktiviti perniagaan”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pasdec Holdings Bhd di sini, Selasa.

Sambil menyifatkan penganjur perhimpunan itu sebagai ‘tolol’ beliau berkata agenda penganjur perhimpunan itu hanyalah mahu mendatangkan huru-hara, mencetuskan perbalahan antara kaum dan pertelingkahan sesama rakyat.


Teloq kecut atau memang dah sedia kecut...

Bersih 2.0: Tiga pihak dipanggil hadap Bukit Aman, tiada permit

TERKINI @ 02:23:36 PM 22-06-2011
June 22, 2011
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein
















KUALA LUMPUR, 22 Jun — Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas sambil berkata kesemua pihak — Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan ketiga-tiga pihak berkenaan tidak akan diberi permit untuk berhimpun 9 Julai ini.

“Kenyataan saya hari ini ialah kesemua tiga pihak tidak akan diberi permit untuk berhimpun pada hari yang sama.

“Saya mengatakan dengan tegas bahawa kesemua mereka tidak akan diberikan permit.

“Kedua, saya sudah pun mengatakan bahawa tindaka segera akan diambil dalam hal ini,” katanya.

Ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini, kata beliau, Perkasa, Pemuda Umno dan Bersih menujukkan bahawa mereka mahu meneruskan perhimpunan mereka.

Leee dah dilunyai habis habisan baru nak bertindak...

Video seks: Datuk T didakwa Jumaat

June 22, 2011









KUALA LUMPUR, 22 Jun — Tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Datuk T” — yang telah menggemparkan negara apabila menayangkan rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

“Datuk T”, terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu

“Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011, harap maklum,” kata Shazryl (gambar) dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada perkara itu benar, Shazryl mengesahkan perkara itu.

“Confirm (sah),” jawannya ringkas.

Ketiga-tiga “Datuk T” ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah,

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Tindakan “Datuk T” yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet.

Ya Allah hanya kau yang mengetahui disebaliknya..

cubaan dan dugaan yang perit dihadapi oleh keluarga ini...hanya Allah yang mengerti apa disebalik ini...ampuni lah hamba mu ini sekeluarga dan tunjukkan mereka jalan keluar untuk menghadapi situasi dan keadaan untuk meneruskan kehidupaan mereka buat sementara waktu sebelum menghadapi mu Ya Allah...amin ya rabulalamin.....

Bapa rayu anak kembar dimatikan


SABA (kiri) dan Farah Shakeel.


PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi

Tuesday, June 21, 2011

BUDAYA TERAPAAN NILAI NILAI UMNO

POLIS JADI SYOK PULAK..APA HAL..?

Ugut rogol, Srikandi beri tempoh 3 hari kepada polis

KUALA LUMPUR: Srikandi KEADILAN memberi tempoh tiga hari kepada polis untuk menangkap pihak yang memberi ancaman kepada ketuanya, Siti Aisyah Shaik Ismail.

Pengugut terbabit mengancam untuk merogol dan merakam adegan berkenaan di laman Facebook milik Aisyah, 13 Jun lalu. Malah, individu itu juga mendakwa tidak takut jika dihadap ke mahkamah kerana ‘tiada empat saksi’.

Ancaman serupa turut diterima Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar oleh individu sama yang menggunakan akuan Facebook ‘Rango Crew’.

Aisyah berkata, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, Srikandi akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan susulan.

“Ini adalah kesalahan serius. Jika Ahli Parlimen seperti Nurul Izzah dan ahli politik seperti saya boleh diugut, apa lagi nasib rakyat biasa Malaysia yang lain?” soalnya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Dalam pada itu beliau mendedahkan, menerusi cariannya mendapati pengugut tersebut bernama ‘Reza’, berumur 21 tahun, menetap di Kedah dan bekerja di Taman Bandar Baru.

“Ini adalah isu keselamatan yang bukan hanya melibat saya, tetapi seluruh anggota Srikandi KEADILAN,” jelasnya mengkritik sikap pihak berkuasa yang melengah-lengahkan siasatan.

Turut hadir dalam sidang media itu Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita KEADILAN Gan Pei Nee berkata, ugutan seumpama itu bukan kali pertama berlaku kepada pimpinan wanita KEADILAN.

“Sebelum ini, Adun Batu Tiga, Rodziah Izmail turut diancam berhubung isu Kuil di Shah Alam. Begitu juga Nurul Izzah dan anak-anaknya.. Apakah pihak polis tidak sensitif?

“Apakah wujud ‘double standard’ dalam pentadbiran polis? Polis tidak boleh meremehkan mana-mana laporan jenayah. Membiarkan perlakuan ini seolah-olah menggalakkan perbuatan ugutan,” tegas Gan.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi menyelar sikap pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang seolah-olah mempersenda tindakan Siti Aisyah membuat laporan polis berkenaan.

Anggota polis berkenaan dikatakan bertanya kepada Siti Aisyah sama ada ‘seronok, sedih atau takut’ ketika menerima ancaman tersebut.

“Budaya ini bermula daripada pimpinan negara. Budaya lucah dah menjadi budaya yang diterima. Saya nak tahu apa komen (Perdana Menteri) Najib dan (Isterinya)Rosmah. Apa perasaan mereka jika isteri, anak atau saudara mereka diperlakukan begitu? ,” soalnya.

“Mesej yang jelas kepada polis ialah tindakan segera perlu diambil,” tambah Nik Nazmi.

LUCU tapi TAK MUSTAHIL..

KALAU DITAKDIRKAN IA BERLAKU..KENA BRAIN WASH SECUKUP RASA SEBELUM DISERAP MENJADI AHLI MANA MANA PARTI KOMPONAN PR...tapi apa pun saya nampak dia ini wayang lebih dari screen untuk menarik simpati dan empati Jibb..jangan jangan berakhir sebagai INTI Roti kelapa...hi hi..

Khairy bersama Pakatan Rakyat PRU 13?

Ketua Pemuda Umno yang kontroversi, Khairy Jamaludin Abu Bakar menjadi perhatian kebelakangan ini ekoran tindakan-tindakan yang dilihat sengaja dilakukan untuk tujuan tertentu.

Dalam debat panas berhubung Bersih 2.0 yang dijadual mengadakan perhimpunan pada 9 Julai nanti, Khairy menentang amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga seorang naib presiden Umno.

Dalam isu perhimpunan Bersih juga, Khairy bertembung dengan Perkasa, pertubuhan Melayu condong kepada Umno di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali.

Menentu bekas perdana menteri itu kemudian mengkritik program Dialog Antarabangsa Langkawi yang sedang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, menyinggung kedua-dua Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan.

Terbaharu, Khairy dalam satu majlis mempertahankan tindakan Uda Holdings yang dikecam hebat oleh beberapa pihak dalam Umno dan oleh Perkasa, berhubung penglibatan syarikat Melayu dalam satu projek pembangunan di Bukit Bintang.

Khairy pada masa yang sama juga dilaporkan mengkritik dasar afirmatif membantu orang Melayu dan menggesa orang Melayu "berdepan dengan realiti dan tidak bergantung pada kerajaan semata-mata."

Tindakan-tindakan kontroversi Khairy ini tercetus dan berterusan sejak kebelakangan ini, dilihat sebagai sengaja untuk agenda tertentu.

Antara sebab yang mungkin ialah Khairy menuntut sesuatu daripada Najib dan hanya akan berhenti apabila tuntutan itu dipenuhi, yang mungkin berkaitan dengan kedudukannya dalam pentadbiran Najib dalam pilihan raya nanti.

Kritikan berterusan Khairy berpotensi untuk memberi kesan kepada Najib dan parti dalam pilihan raya umum nanti, terutama dalam membina persepsi negatif terhadap pemerintah.

Umno akan dilihat sebagai tidak bersatu, atau tidak mampu bertindak terhadap seorang pemimpin Pemuda Umno. Ini akan memperlihatkan Umno lemah dan mudah dieksploit oleh pembangkang.

Janji beliau untuk hadir dalam perhimpunan pada 9 Julai nanti juga bakal dituntut untuk dipenuhi oleh pembangkang, untuk menjejaskan kesatuan pemerintah dan mengeksploit sebarang tindakan atau ketiadaan tindakan terhadap pihak pemerintah yang terlibat dalam demonstrasi.

Khairy juga mungkin sengaja mencetuskan keadaan kucar-kacir dalam Umno untuk mengundang tindakan keras daripada parti, yang kemudian boleh dimanfaatkan untuk popularitinya.

Hal itu akan mencetuskan perpecahan dalam parti, sekiranya beliau mempunyai pengikut yang cukup untuk memberi impak.

Khairy mungkin melihat jalan mati di hadapan dalam partinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, dan melakukan tindakannya kini untuk menyediakan asas bergiat sebagai penentang kerajaan.

Khairy yang berfahaman liberal mudah untuk terlibat dalam politik pembangkang, yang kini didominasi aliran ideologi liberal. Kenyataan-kenyataan beliau konsisten dalam memperjuangkan isu liberal seperti kesamarataan, termasuk melibatkan hak Melayu.

Beliau yang dilihat sebagai salah satu penyebab kekalahan teruk Umno dalam pilihan raya umum lalu lebih mudah diterima pembangkang dan kumpulan-kumpulan aktivis bukan Melayu yang bersetuju dengan ide politik dan sosial ketua Pemuda Umno ini.

Kontroversi terbaharu melibatkan Khairy ini mula menjadi isu penting dalam blog-blog Umno, yang sebelum ini menjalankan kempen menentang kemasukan ketua Pemuda Umno itu ke dalam kabinet Najib.
sumber:siasahdaily

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails