'Lu apa kuasa ambil gua punya IC?'
Bagaimanapun, beliau dituduh menghalang polis daripada menjalankan tanggungjawabnya.
Hiew, 26, didakwa mempersoalkan tindakan seorang anggota berpangkat sarjan yang cuba menghentikannya dengan berkata: "Lu apa kuasa mahu ambil gua punya lesen dan IC?"
Kata-kata itu membuatkannya bermalam di lokap.
Hiew (kiri) hari ini bagaimanapun dengan bahasa Melayu yang lancar menafikan dakwaan terhadapnya itu.
Menurutnya, sarjan tersebut naik angin apabila beliau mengambil gambarnya dan dengan segera menghubungi kereta peronda dan empat lagi pegawai untuk menahannya.
Hiew juga mendakwa semasa ditahan, beliau tidak dimaklumkan haknya oleh pihak polis dan tidak membenarkannya memnghubungi keluarha dan kawan-kawannya.
No comments:
Post a Comment