BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, June 21, 2011

Satu kapal dua Nakoda..kerja Bikinan UMNOBN..

tak sudah sudah kerja Jahat UMNO..........

Dilema JKR, ‘dua’ ketua pengarah

June 21, 2011


KUALA LUMPUR, 21 Jun — Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi mengawal selia pembinaan projek awam dilihat berhadapan dengan krisis seolah-olah mempunyai ‘dua ketua pengarah’ sejak awal bulan lalu — didakwa kerana penurunan pangkat — dipercayai kali pertama berlaku di negara ini.

The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah sejak Mei 2007, masih berada di pejabatnya manakala pengganti beliau Datuk Mohd. Noor Yaacob menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.

Situasi itu dikatakan bersangkut paut dengan tindakan menurunkan pangkat beliau, yang menurut beberapa bekas pemimpin kesatuan sekerja sektor awam tidak sepatutnya berlaku, malah tidak pernah berlaku di negara ini.

Sebelum dilantik menjadi ketua pengarah, Mohd Noor merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II.

Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa 1 Mei lalu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.

Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Pelantikan Mohd. Noor dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal projek-projek kerajaan semasa memegang pelbagai jawatan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataannya April lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) yang membangkitkan perkara itu di Parlimen semalam berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan Judin tidak mengosongkan biliknya manakala pengganti beliau pula menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.

“Nak kata wujud dua ketua pengarah tak tepat tetapi ada sesuatu yang tidak kena di JKR,” kata beliau.

“Memang, Judin tidak masuk mesyuarat... Mohd Noor hadir mesyuarat dan menjalankan tugas-tugas sebagai ketua pengarah.

“Tetapi persoalannya mengapa perkara ini berlaku... keadaan ini tidak pernah wujud sebelum ini, menunjukkan contoh tidak baik kepada perkhidmatan awam,” kata beliau ketika dihubungi.

“Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Negara membuat penjelasan, mengapa perkara macam ini boleh berlaku,” kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Mahfuz berkata Judin tidak mahu mengosongkan biliknya kerana merasakan beliau telah “diturunkan” pangkat dengan dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB lebih rendah daripada jawatan ketua pengarah.

“Judin merasakan dirinya telah dianiya dengan diturunkan pangkat, dan difahamkan beliau tidak menerima dokumen pertukaran jawatan.

“Saya melihat ini kali pertama perkara seumpama ini berlaku dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kerja Raya,” kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz, Judin ada tiga tahun lagi untuk bersara sedangkan penggantinya akan bersara dalam setahun.

“Biasanya seseorang ketua pengarah akan bersara dalam perkhidmatan sebagai ketua pengarah, tetapi dalam kes Judin agak berbeza,” katanya.

Tulisan beberapa blog dan laman web mendakwa pertukaran ketua pengarah JKR ada kaitan dengan kepimpinan politik Kementerian Kerja Raya.

“Saya difahamkan begitu. Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya,” kata Mahfuz lagi.

“Seolah-olah wujud pentadbiran yang berkecamuk di JKR dan Kementerian Kerja Raya,” katanya lagi.

Difahamkan penurunan pangkat Judin bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Seorang bekas pegawai kanan Cuepacs berkata keadaan seumpama itu, yang menimpa Judin, jika benar berlaku, tidak pernah wujud sebelum ini dalam perkhidmatan awam negara ini.

Pegawai itu yang enggan namanya dipetik berkata, seseorang ketua jabatan hanya boleh diturunkan pangkat jika syor lembaga tatatertib, bermakna ada kes disiplin.

“Kalau ada penyelewengan bermakna dibuang kerja, tetapi dalam kes ini tiada kes disiplin. Jika tiada kes bermakna, ia bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am,” katanya lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails