BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, June 17, 2011

Pelajar sekolah rendah lebih bijak dari Perkasa..

Pelajar sekolah rendah lebih bijak dari Puak UMNO dan Perkasa..sebabnya mereka pakai kasut dikaki bukan macam siberhim katak..asyik dok bangga dengan Perkasut dia aje...hi hi

Mahu jejantas

hmetro.com.my

TUNTUT...sebahagian pelajar dan guru sekolah terbabit memegang kain rentang menuntut pembinaan jejantas.
TUNTUT...sebahagian pelajar dan guru sekolah terbabit memegang kain rentang menuntut pembinaan jejantas.

KLANG: Lebih 100 orang termasuk ibu bapa, guru dan pelajar daripada tiga sekolah di Jalan Kapar, di sini, berkumpul secara aman menuntut pembinaan jejantas di kawasan berkenaan berikutan banyak kes kemalangan kecil membabitkan pelajar sekolah di kawasan itu, sejak tiga tahun lalu, kelmarin.

Tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kapar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Idris Shah dan Sekolah Menengah Perempuan Kapar bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kumpulan Tindakan Alternatif diketuai pengerusinya, B Kalai Vanar mendesak pihak bertanggungjawab membina jejantas bagi mengelak kejadian sama berlaku.


Semua peserta demonstrasi aman berkenaan berkumpul lebih dua jam di kawasan itu bermula jam 6 petang.

Menurut Kalai, demonstrasi itu dilakukan bertujuan menyelamatkan nyawa pelajar berikutan risiko tinggi terpaksa ditanggung apabila terpaksa menyeberangi jalan yang sibuk setiap hari.


“Malah, kajian kami mendapati lebih 10 kemalangan kecil berlaku di kawasan ini sejak sebulan lalu membabitkan pelajar.


“Insiden ini perlu dijadikan pedoman pihak terbabit bagi mengelakkan kejadian lebih serius berlaku,” katanya ketika ditemui di sini.

Kalai berkata, pihak terbabit tidak boleh memandang ringan perkara ini kerana pelajar bakal pemimpin negara masa depan.


“Jangan sampai berlaku kemalangan maut baru hendak membuka mata. Oleh itu, pihak terbabit perlu memandang serius perkara ini,” katanya.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai Asmah, 15, berkata dia dan rakan memberanikan diri melintas jalan setiap hari walaupun tahu risiko kemalangan kerana ketiadaan jejantas.


“Malah, saya dan rakan nyaris dilanggar kereta awal bulan lalu ketika melintas. Saya berharap pihak terbabit menyediakan jejantas kerana takut untuk melintas.


“Jika tidak memikirkan mengenai pelajaran, saya dan rakan tidak mungkin datang ke sekolah selepas insiden itu kerana takut,” katanya.

1 comment:

otaklunyai said...

tau dah... otak perkosa nih setaraf dgn babi... menyondol je dia boleh buat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails