BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, June 22, 2011

siapa sebenarnya TOLOL..kalau bukan diri sendiri..

kahk kahk kahk mamat ini ingat UMNO ke..boleh sponser dan makan nasi bungkus...deeee mamat..ini segala perbelanjaan sendiri tanggung ..lu tahu ke..?dut dari keringat sendiri bukan duit songlap macam geng hangpa..ada tau ke..?

Bersih: Ada taktik lawatan percuma ke KL

Posted by admin on June 22nd, 2011

Demi untuk mencapai sasaran jumlah yang besar nampaknya pembangkang mula menggunakan tipu daya bagi mengelirukan rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih. Nampaknya sudah ada gerakan untuk mengelirukan rakyat khususnya masyarakat di luar Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan haram itu kononnya tawaran lawatan percuma ke ibu negara.

Justeru Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar)mengarahkan semua wakil rakyat di negeri ini turun padang bagi menerangkan kepada rakyat motif sebenar perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Jelas beliau semua wakil rakyat diminta menasihati penduduk di kawasan masing-masing supaya tidak terpengaruh dengan ajakan pihak yang sanggup menanggung kos pengangkutan, penginapan dan makan minum atau tawaran program lawatan percuma ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan jalanan haram itu.

“Perhimpunan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat malah memberi pelbagai bentuk kerugian termasuk menganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara serta menjejaskan aktiviti perniagaan”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pasdec Holdings Bhd di sini, Selasa.

Sambil menyifatkan penganjur perhimpunan itu sebagai ‘tolol’ beliau berkata agenda penganjur perhimpunan itu hanyalah mahu mendatangkan huru-hara, mencetuskan perbalahan antara kaum dan pertelingkahan sesama rakyat.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails