BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, June 21, 2011

BUDAYA TERAPAAN NILAI NILAI UMNO

POLIS JADI SYOK PULAK..APA HAL..?

Ugut rogol, Srikandi beri tempoh 3 hari kepada polis

KUALA LUMPUR: Srikandi KEADILAN memberi tempoh tiga hari kepada polis untuk menangkap pihak yang memberi ancaman kepada ketuanya, Siti Aisyah Shaik Ismail.

Pengugut terbabit mengancam untuk merogol dan merakam adegan berkenaan di laman Facebook milik Aisyah, 13 Jun lalu. Malah, individu itu juga mendakwa tidak takut jika dihadap ke mahkamah kerana ‘tiada empat saksi’.

Ancaman serupa turut diterima Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar oleh individu sama yang menggunakan akuan Facebook ‘Rango Crew’.

Aisyah berkata, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, Srikandi akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan susulan.

“Ini adalah kesalahan serius. Jika Ahli Parlimen seperti Nurul Izzah dan ahli politik seperti saya boleh diugut, apa lagi nasib rakyat biasa Malaysia yang lain?” soalnya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Dalam pada itu beliau mendedahkan, menerusi cariannya mendapati pengugut tersebut bernama ‘Reza’, berumur 21 tahun, menetap di Kedah dan bekerja di Taman Bandar Baru.

“Ini adalah isu keselamatan yang bukan hanya melibat saya, tetapi seluruh anggota Srikandi KEADILAN,” jelasnya mengkritik sikap pihak berkuasa yang melengah-lengahkan siasatan.

Turut hadir dalam sidang media itu Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita KEADILAN Gan Pei Nee berkata, ugutan seumpama itu bukan kali pertama berlaku kepada pimpinan wanita KEADILAN.

“Sebelum ini, Adun Batu Tiga, Rodziah Izmail turut diancam berhubung isu Kuil di Shah Alam. Begitu juga Nurul Izzah dan anak-anaknya.. Apakah pihak polis tidak sensitif?

“Apakah wujud ‘double standard’ dalam pentadbiran polis? Polis tidak boleh meremehkan mana-mana laporan jenayah. Membiarkan perlakuan ini seolah-olah menggalakkan perbuatan ugutan,” tegas Gan.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi menyelar sikap pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang seolah-olah mempersenda tindakan Siti Aisyah membuat laporan polis berkenaan.

Anggota polis berkenaan dikatakan bertanya kepada Siti Aisyah sama ada ‘seronok, sedih atau takut’ ketika menerima ancaman tersebut.

“Budaya ini bermula daripada pimpinan negara. Budaya lucah dah menjadi budaya yang diterima. Saya nak tahu apa komen (Perdana Menteri) Najib dan (Isterinya)Rosmah. Apa perasaan mereka jika isteri, anak atau saudara mereka diperlakukan begitu? ,” soalnya.

“Mesej yang jelas kepada polis ialah tindakan segera perlu diambil,” tambah Nik Nazmi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails