BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, June 21, 2011

Suami ..Pencuri bukan nya.."PERASUAH"

sebab nak bela suami HELMET berjenama sanggup dijual..

Gadai helmet bebaskan suami


KUALA TERENGGANU – Seorang isteri sanggup menebalkan muka menjual helmet berjenama ARAI miliknya di luar mahkamah dengan harga RM700 bagi menampung jumlah bayaran denda RM3,000 yang dikenakan terhadap suaminya di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Sebelum itu, suaminya, Tengku Abdul Hadi Tengku Roslan, 19, dari Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu dikenakan hukuman denda selepas mengaku bersalah mencuri sebuah kamera DSLR Model D7000, dua telefon bimbit model Nokia dan satu beg tangan wanita selepas memecah cermin sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang pekerja bank pada 13 Jun lalu.

Bapa muda kepada seorang anak itu mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Mengikut fakta kes, tertuduh pada 13 Jun lalu di antara jam 11.30 malam di tempat letak kereta di hadapan kedai kek Ziq Bakery, Jalan Gong Kapas, telah bertindak memecah cermin belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan melarikan sebuah kamera DSLR model D7000, dua buah telefon bimbit dan sebuah beg tangan wanita milik Wan Nor Malina Wan Ghani, 30.

Mangsa menyedari kehilangan barang miliknya itu selepas makan malam bersama suami selepas menyertai sambutan Terengganu meraikan kemenangan Piala FA dan Sukan Malaysia (Sukma).

Tertuduh berjaya ditangkap beberapa jam kemudian hasil risikan dan maklumat orang awam yang berada di kawasan itu.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi di hadapan hakim Nor Azizah Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Hayyatuddin Muhamad.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails