BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, June 28, 2011

apakah Jadahnya Bil sampai gini..?

Rakyat disuruh berjimat cermat..Gula Naik disuruh kurangkan Gula dalam makanan.Letrik Naik disuruh penggunan yang berhemah.air naik harga..disuruh berjimat cermat...cinabeng betol depa itu..guna sampai bil ratusan ribu untuk sebulan..apakah jadahnya..makan letrik..minum letrik tidur letrik pun tak sampai harga itu..satu kelarga yang sederhana katakan bil letrik rm 100 sebulan setahun rm1200.kalau hidup 80 tahun baru sampai 96ribu..yang jadahnya entah apa sebulan rm ratusan ribu..apa komen kakitangan kerajaan yang sokong bagai nak gila..bila tau pimpinan yang mereka sanjung belanja sebanyak ini..bukan duit kepala bapak depa pun semuanya DUIT RAKYAT...

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

dr siti mariah interview 300408 02Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. NONEMenurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

NONEMenurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

1 comment:

wira rakyat said...

mari kita sama2 hantar satu surat kpd MB dan KM dinegeri2 PR memerintah agar memberi subsidi kepada keperluan asas ni spt gula, letrik, air, petrol dsbnya. ini cadangan saya saja kalau ramai yg menyokong.

tak guna kita asyik membangkang, sedangkan PR berhasrat utk menjadikan Malaysia negara berkebajikan, jadi tunjukkan dulu dinegeri2 yg diperintah, demi kesejahteraan rakyat. kalau berjaya saya yakin kita tak payah nak berdemo-demo lagi. boleh terima tak idea saya ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails