BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, June 26, 2011

Seantor Tahiland lagi mengerti dari UMNOBN...

TAKUT SANGAT A[HAL.?NAK SOROK APA UMNOBN..?CUMA NAK BERHIMPUN DAN JALAN KE ISTANA MENYERAH MEMO..SELEPAS ITU BERSURAI,SHOPPING DAN JALAN JALAN..ITU SAHAJA..AWATLE DEMO PIANG SANGAT INI..ADA APA DISEBALIKNYA TU..?

Pakar: Demo Bersih tidak boleh dihalang

Posted by admin on June 26th, 2011

Seorang Senator Dewan Negara Thailand bagi Pattani, Dr Worawit Baru (gambar)menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 tidak perlu dihalang kerana ia biasa berlangsung di mana-mana negara demokrasi. “Perhimpunan (ini) merupakan kempen untuk pilihan raya yang bersih, adil, terlepas daripada sebarang tuduhan.

“Jadi, saya ingat (ia) pentinglah kalau kerajaan atau mana-mana pihak tidak ada sesuatu (untuk disorok),” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Buruh dan Kebajikan Sosial Patani.

Dr Worawit juga menyatakan keyakinannya dengan keupayaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia jika menang pilihan raya umum akan datang.

“Pakatan Rakyat beri gambaran baru (dalam politik Malaysia), melangkaui etnik tetapi menghormati kaum,” katanya.

Beliau menyeru Pakatan Rakyat untuk terus bekerja keras bagi mengekalkan momentum perubahan di Malaysia.

“Kalau nak lawan dalam politik, strategi kena tetapkan, kajian kena jalankan dan kerja kena kuat. Malaysia agak susah tukar (kerajaan) sebab rakyat sudah biasa diperintah Barisan Nasional,” katanya.

Sementara itu, pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Abdul Aziz menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails