28hb Jun 2011.Badan Bertindak setinggan Keretapi Daerah Larut Matang dengan diketuai oleh sdr Idris Ismail bersama rombongan yang mewakili 339 penduduk ,keParlimen untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Hj Nizar untuk meluahkan perasaan mereka yang tidak puashati dengan tindakan-tindakan Kerajaan negeri,Pejabat Tanah Daerah dan MMC Gamuda kerana engkar mematuhi perjanjian dan persefahaman yang dibuat pada 26hb September 2008.
1.menyediakan Tapak rumah siap dengan prasarana dalam masa 2 tahun..sehingga sekarang tidak selesai.
2.membayar sewa rumah sebanyak rm300 sebulan selama 2 tahun,tetapi disambung pulak setahun lagi dan akan berakhir bulan ini..sedangkan tapak Rumah entah dimana dan seramai 339 penduduk tidak menerima sebarang surat ,yang dah diundi utk memiliki tanah pun tidak tahu dimana tapak mereka.
3.kegagalan kerajaan Perak untuk menyediakan tapak rumah berserta kemudahan dengan peruntukkan sebanyak rm8juta yang dikatakan telah digunakan untuk penyediaan itu,dan dimana untuk apa wang tersebut digunakan..?jangka masa sebelum bulan Jun 2011..tetapi yang seramai 339 penduduk entah apa yang diterima mereka..?
salinan Memo diserahkan sdr Idris kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Hj Nizar
Sdr Idris diiring YB Nizar .untuk menyerahkan Memorandum kepada Pegawai Khas Menteri Pengangkutan diPejabat Kementerian Pengankutan.
video.ucapan Sdr Idirs.
No comments:
Post a Comment