BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, June 19, 2011

KU LI PUN TAHU ..tapi Katak Puru yang lebih lebih

KALAU ATAS DASAR KEPENTINGAN NEGARA DAN RAKYAT..KULI LEBIH TAHU SIAPA SEBENARNYA PEMIMPIN RAKYAT..DAN SIAPA PEMIMPIN DAJJAL..TAPI MASAALAHNYA MASIH TAK DAPAT PISAHKAN DENGAN PARTI ASAL YANG DIBINA BERSAMA PEMIMPIN SEJATI...sekarang diNodai oleh pemimpin yang berkepentingan diri dan keluarga..

Ku Li: Beza pemimpin kemerdekaan dengan penggantinya
Tengku Razaleigh Hamzah - meneruskan perbahasannya mengenai keadaan negara dan bagaimana ia menjadi seperti sekarang - berkata perbezaan besar antara pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan dan pengganti mereka ialah 'tanggungjawab generasi' yang dipikul pemimpin sebelumnya.

tunku abdul rahman 290809Dalam ucapannya di New Club di Taiping malam tadi, ahli parlimen Gua
Musang itu - yang sejak dua tahun lalu melibatkan diri dalam perbahasan mengenai keadaan tatanegara Malaysia - berkata perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman "melambangkan konsep dan pemikulan tanggungjawab generasi dalam wawasannya."

"Tunku Abdul Rahman dan generasinya adalah pemimpin yang berdedikasi, bukan untuk kuasa tetapi rasa tanggungjawab untuk masakini dan masa depan," tegas Razaleigh.

Menurutnya, mereka tidak menyertai politik kerana wang atau untuk diri sendiri.

Malah, tambahnya, walaupun selepas memegang kuasa, mereka tidak pernah menggunakan kedudukan itu untuk manfaat diri atau keluarga mereka, tidak pula membina kroni setia yang akan bertindak sebagai pembiaya mereka atau memegang kekayaan secara haram yang diperolehi dari keringat rakyat.

tengku razaleigh speech 110310 01Razaleigh berkata Tunku mengisytiharkan pada kemerdekaan pada 1957 bahawa "Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dengan sistem
kehakiman yang bebas" dan beliau mempunyai "wawasan sebuah negara yang bahagia walaupun terdapat halangan hebat ekonomi yang kita perlu selesaikan."

Selepas mencapai kemerdekaan, tegasnya, terdapat usaha untuk mencari bagaimana kita boleh mencapai masyarakat yang bahagia, memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat Malaysia yang berterusan untuk generasi akan datang.

3 comments:

tungkaran hati said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!

Anonymous said...

eh eh eh mengharapkan perjuangan pas seperti dahulu..awatnya islam yang dibawa dulu dan sekarang dah berubah ke..?jangan baca UM dan tonton tv banyka sgt..yang sedap dimulut negara kebajikan seperti yg dikehendaki oleh DAP..malang semua umat Islam yg tak mahu kebajikan kecuali cina yang menghendaki...kesian..

Anonymous said...

berdirilah PAS dgn bermaruah tanpa PKR dan DAP..awat jadi lagu tu..?PAS untuk Melayu dalam PAS sahaja ke..?cuba rujuk Ibrahim Ali...Melayu itu Islam ..dan Islam itu Melayu...jgn terpedaya wahai sahabat sahabat.
KALAU RASULLAH BERFIKIRAN SEPERTI INI..BERDIRI ISLAM DENGAN BERMARUAH TANPA BANGSA BANGSA LAIN...KAU DAN AKU SEKARANG ENTAH SEMBAH BANGUNAN TINGGI ATAU PUN SEMBAH BIGMAMA YANG BESAR MONTEL...jgn rosakkan minda dengan nasihat Perkasa dan UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails