BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, June 12, 2011

Umno ...ada yang dah "SEMBUH".ke..?

Tol Lebuhraya Persekutuan perlu dimansuh

dah sembuh atau ada yang dah buang "TABIAT"..Rakyat dida hulukan...?

Posted by admin on June 11th, 2011


UMNO Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan di sini,yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk As’ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.

Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.

“Kebanyakan pengguna adalah warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, yang setiap hari perlu membayar RM2.10 untuk perjalanan pergi balik,” kata memorandum itu yang dibuat hasil daripada usul semua UMNO cawangan di Shah Alam pada mesyuarat mereka sebelum ini.

Bagi pengguna dari Klang ke Kuala Lumpur, mereka harus membayar di kedua-dua Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu 3 berjumlah RM4.20 bagi perjalanan pergi balik.

Selain itu kata memorandum tersebut, kedua-dua tol terbabit telah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails