BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, September 3, 2011

Dasar tak sedaq diri..Perangai UMNOK betol..

oooi mamat MCA lu ada sedaq ke..lu sendiri orang kedah tak mau apa pasal sibok sibok mau kasi cadangan ..lu perangai macam UMNO betolll le..kasi bantuan dia cakap wang Judi..masa itu mulut apa pasal tak kasi buka sikit..bela itu DAP..mau buat baik lu diammm..sekarang lebih baik lu 'SHUTUP"
Gerakan saran wujudkan jawatan timbalan MB Kedah
Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan diwujudkan jawatan timbalan menteri besar bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terjejas sekiranya pimpinan tertinggi kerajaan negeri Kedah tidak dapat berfungsi bagi suatu tempoh yang panjang.
NONEKetuanya Tan Keng Liang berkata cadangan yang memerlukan perkenan Sultan Kedah itu perlu dikaji dan dipertimbang kerana Undang-Undasng Tubuh negeri sekarang tidak mempunyai sebarang peruntukan mengenai jawatan itu.

"Dalam hal ini, kita harus memahami tiada pihak yang dapat meramalkan masalah kesihatan atau malapetaka lain yang mungkin terjadi ke atas mana-mana menteri besar Kedah, sama ada di pihak Pakatan Rakyat atau BN.

"Sebuah kerajaan negeri yang stabil harus mempunyai peruntukan untuk apa-apa kejadian yang mungkin menimpa pemimpin tertingginya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tan berkata cadangan itu dibuat ekoran keadaan kesihatan menteri besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan terjejas selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

azizan abdul razak pas and kedahKatanya, dengan adanya peruntukan bagi jawatan itu dalam peruntukan Undang-undang Tubuh negeri, jika menteri besar tidak dapat berfungsi dalam tempoh 30 hari, maka timbalan menteri bsar bolehlah mengambil alih fungsi mentadbir kerajaan negeri.

Beliau berharap kerajaan negeri Kedah dapat meneliti cadangan ini bagi kestabilan pentadbiran pada masa hadapan demi kebaikan rakyat negeri Kedah.

1 comment:

Anonymous said...

Semasa MB ada di IJN, Kerajaan Kedah masih berjalan seperti biasa. Tak taulah kalau Rosmah sakit (bukan Najib) mungkin lumpuh kerajaan Malaysia sebab tiada Timbalan Isteri Perdana Menteri... takkan nak pinjam isteri timbalan perdana menteri kot. Jadi wajar dipertimbangkan 3 jawatan Timbalan Isteri Perdana Menteri... baru stabil Kerajaan Malaysia. Najib mesti sokong punya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails