BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, March 26, 2010

aii..mentang-mentang MIC dah hilang Taring..

takkan sebab MIC dah hilang Taring..umno nak rampas Kerusi Hulu Selangor dari MIC..????baguih juga UMNO buat macam itu...MIC duduk dalam BN kempen Untuk PR..teruskan usaha-usaha UMNO utk mengambil kerusi HS....kita dengar apa kata TOK sami nanti...?kalau pun MIC ada calon senang saja maa dalam zaman meleset ini...setakat poket atas saja calon pilihan MIC akan terkantoi..kita.jangan risau....tapi Datuk Samy naik pening dengan stratejik UMNO sampai boleh jadikan cermin muka kat kepala dia..haah haha hahah hha hahah .
tajuk kena ubah sikit.KAMI MAMPU RAMPAS KERUSI HULU SELANGOR DARI MIC...TUUUU DIAAAA(gaya mahfuz)

Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
Abdul Rahim Sabri
Mac 26, 10
11:24am
BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008.

Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails