BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, July 18, 2010

KALAU JENIS TAK SEDAR DIRI..INI CONTOHNYA..

SEDARLAH DIRI WAHAI ANAK TOYO YANG PENUH DGN TOHMAHAN DAN TUDUHAN RASUAH..KAU DAN BARISAN KAU ITU PEMBANGKANG..MACAM MANA PULAK MAHU AHLI BN DALM PAC LEBIH DARI PEMERENTAH..LIDAH BIAWAK BETOI HANGGGG..CABUT GIGI YANG SEMAKIN LONGGOR..TUNGGU KAU...

Khir Toyo: Tidak benar saya ubah fikiran dalam isu PAC

July 18, 2010
KUALA LUMPUR, 18 Julai — Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau mengubah pendirian dalam soal pelantikan Adun Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) walaupun awalnya didakwa bersetuju dengan usul tersebut.

Khir didakwa bersetuju dengan pelantikan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Teng Chang Kim pada pertemuan mereka kira-kira seminggu yang lalu.

Perkara itu turut dibangkitkan oleh Teng dalam perbincangan menerusi twitter kelmarin dengan mempersoalkan Khir telah mengubah fikiran dan pendirian.

Ketua Pembangkang DUN Selangor itu berkata, peremuan dengan Teng hanya membincangkan mengenai pelantikan Shamsudin sebagai Pengerusi PAC tetapi masih belum muktamad ketika itu.

“Jadi dalam perjumpaan itu, saya tidak meletakkan syarat bahawa harus menambah bilangan ahli BN dalam PAC kerana ia masih belum muktamad.

“Jadi apabila usul ini dibentangkan dalam persidangan dewan, saya terkejut. Sebab itu saya tidak bersetuju dengan usul tersebut.

“Kenapa tidak beritahu bahawa usul tersebut sudah muktamad? Kalau saya tahu ia sudah muktamad saya tekankan mengenai syarat untuk pelantikan Shamsudin dalam perjumpaan tersebut,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Khir berkata, tidak mengubah fikiran kerana kesemua wakil rakyat BN telah bersepakat untuk terima usul tersebut dengan syarat ahli BN dalam PAC ditambah.

“Sekarang dalam PAC jumlah ahli Pakatan Rakyat adalah lima orang, manakala ahli BN dua orang termasuk Shamsudin. Kita mahu sekurang-kurangnya empat ahli BN dan tiga ahli Pakatan Rakyat dalam PAC, ini baru adil.

“Kalau DUN Selangor tambah jumlah ahli BN kita akan terima,” katanya.

Beliau berkata keputusan DUN Selangor yang enggan menambah jumlah ahli BN dalam PAC macam “bagi senapang tiada peluru.”

“Macam mana BN nak buat kerja kalau dalam PAC itu sendiri mereka tidak kuat? Lima lawan dua, macam mana BN nak menang?

“Dewan macam bagi senapang tiada peluru, bagi meriam tiada pencucuh sama macam PAC bagi jawatan tiada kuasa,” katanya.

Shamsudin sebelum ini menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi PAC atas alasan ia hanya bermotifkan politik.

Shamsudin berkata, keputusannya tidak berubah kerana ia berkaitan dengan prinsip dan maruah sebagai wakil rakyat BN.

“Saya memang tidak terima usul tersebut kerana saya bimbang ia hanya bermotifkan politik. Bahkan Adun BN yang lain dari awal sudah menolak usul tersebut.

“Ini adalah soal prinsip dan maruah saya, jadi saya perlu mempertahankan,” katanya.

Kini jawatan pengerusi PAC di Parlimen dan DUN diketuai oleh wakil kelab penyokong kerajaan manakala pembangkang pula berkhidmat sebagai anggotanya.

Semalam Teng ketika dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan tindakan Shamsudin menolak pelantikan sebagai Pengerusi PAC sebagai berfikiran sempit kerana menolak kepercayaan diberikan dewan.

Teng berkata tindakan Shamsudin menolak usul yang membolehkan beliau dilantik memegang jawatan itu seolah-olah mengabaikan tanggungjawab rakyat.

Ini kali pertama DUN Selangor melantik wakil pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails