berita sebelum ini..baca lagi
Berita baik menanti setinggan tanah rizab kereta api:: :macam slogan Nombor Ekor aje... (sinar harian)
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, mereka (setinggan) akan menerima berita gembira daripada Kerajaan Pusat dalam masa terdekat ini.
"Perkhabaran yang dinanti-nantikan sejak puluhan tahun itu secara tidak rasmi dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada saya baru-baru ini," katanya kepada media selepas majlis penyerahan kunci bagi Fasa 1 dan 2 Pangsapuri Bukit Permata di sini, semalam, Dr Zambry berkata keluarga yang menduduki tanah seluas 94.5 hektar antara Taiping dan Kuala Sepetang itu diminta bersabar menunggu berita gembira berkenaan.
Januari lalu, Kerajaan Negeri Perak memohon supaya Perbadanan Aset Kereta Api (PAK) mempertimbangkan semula kadar RM38 juta bagi melepaskan hak milik tanah rizab kereta api itu kepada Kerajaan Negeri.
PAK selaku pentadbir tanah berkenaan diminta membuat pertimbangan untuk kemungkinan menyerahkan terus tanah yang tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi kereta api sejak 1941 itu kepada kerajaan negeri tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
Pelepasan tanah yang pernah menjadi lokasi landasan kereta api pertama negara itu akan membolehkan Kerajaan Negeri membangunkan kawasan itu bagi mengatasi masalah perumahan serta memelihara tapak bersejarah berkenaan.
Pembinaan landasan bermula 1882 itu bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan Kuala Sepetang yang dulunya dikenali sebagai Port Weld.
Dalam perkembangan lain, Dr Zambry membidas pihak tertentu cuba mempolitikkan isu pembangunan kedua-dua kawasan berkenaan. - Bernama
No comments:
Post a Comment