Saman RM105j 27 Oktober
Peguam bela, A Sivanesan berkata, permohonan perbicaraan kes itu melibatkan defendan kesembilan iaitu syarikat kontraktor CWL Enterprise yang membina jambatan gantung itu.
Tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Adibah Husna Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin.
Pada 26 Oktober tahun lalu, tiga murid yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan lemas selepas jambatan gantung yang mereka lalu terputus.
Mangsa, N Dina Devi dan V Divyashree masing-masing berusia 11 tahun dan N Devatharshini, 10, lemas akibat dibawa arus sungai.
Dalam saman itu, K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan menamakan guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, guru besar SJKT Gopeng, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri dan Komandan Kem 1Malaysia Kuala Dipang sebagai defendan.
Pihak lain yang disaman ialah penderma jambatan gantung iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise, Menteri Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment