Dakwa 2,000 keluar parti
S Krishnan yang mendakwa diri sebagai ketua berkata, tindakan itu dibuat selepas mendakwa terdapat golongan samseng merebut jawatan dalam sayap Pas itu.
Menurutnya, Pas tidak membantu kaum India walaupun undi diberikan kepada parti itu semasa pilihan raya umum sebelum ini yang akhirnya memberi kemenangan kepada parti serta Pakatan Rakyat.
“Kami tak dapat apa-apa pun dan dia (Pas) cuma mahu pergunakan kami untuk kepentingan mereka sahaja.
“Mereka kata Pas untuk semua kaum tapi masyarakat India tak dapat apa-apa,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pejabat KPP Kawasan Teluk Intan, di Jalan Changkat Jong, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Mohd Azhar Jamaluddin,
Krishnan berkata, selain KPP kawasan Teluk Intan, 18 lagi kawasan di Negeri Perak akan mengikut jejak mereka.
Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media, Krishnan memberitahu Pas Negeri Perak tidak menghormati kaum India dan bertindak samseng.
Menurutnya, demonstrasi itu dibuat selepas kurang senang dengan tindakan Pas Perak melantik individu berbangsa Cina sebagai Ketua Dewan Himpunan Pas (DHPP) Negeri Perak dan mengetepikan ketua yang sebelumnya iaitu S Surianarayanan.
“Kami beri amaran, jangan bermain api,” katanya.
Pada sidang media itu juga, papan tanda pejabat KPP Kawasan Teluk Intan itu diturunkan dan beberapa orang yang mendakwa diri mereka sebagai ahli membuang kad keahlian sebagai simbolik kepada tindakan mereka keluar dari parti itu.
Sementara itu, Ketua DHPP Teluk Intan, Harcharn Singh yang ditemui bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan itu enggan mengulas lanjut.
Beliau memberitahu Sinar Harian bahawa pimpinan Pas Negeri Perak telah mengeluarkan arahan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga berita mengenai tindakan demonstrasi itu dikeluarkan dalam media.
Menurut beliau, Pas Negeri Perak akan meneliti laporan media itu nanti sebelum tindakan undang-undang dibuat.
No comments:
Post a Comment