Takpayah buat lakonan semula Minta saja SPRM buat sekali tapi siap pasang kamera terbuka..dah tentu sprm Bolehhhhh...hi hi ..tak habis habis..melawat berkali kali...keadilan masih tak nampak....saksi sampai ke Thailand..hasil nya apa..?habis lagi wang rakyat..
'Tak mungkin Teoh mencangkung dan lompat'
'Tak mungkin Teoh mencangkung dan lompat'
Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.
"Mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu,” kata Sallehuddin dalam laporannya.
Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.
Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.
No comments:
Post a Comment