BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, August 12, 2011

Jahil atau Nggok..kalau banyak sangat makan benda "Haram"

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
PETALING JAYA, 11 Ogos - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyelar tindakan Datuk Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di Britain dengan Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Timbalan Ketua Polis Negara itu "jahil."

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.

"Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.

"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Malah menurut Nurul Izzah (gambar), kenyataan yang dikeluarkan Khalid adalah sangat tidak bertanggungjawab.

"Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya, ia bukan rusuhan dan apa yang dikatakan Timbalan Ketua Polis itu sangat tidak bertanggungjawab.

"Beliau tidak boleh bandingkan rusuhan dengan demonstrasi, saya terkejut apabila beliau berkata demikian... inilah masalah kalau ikut telunjuk politik," katanya.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan Khalid berkata rusuhan-rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.

Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.

"Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan. Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya menerusi laman Facebook.

Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.

Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails