BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, August 22, 2011

sapina....Najib and the geng boleh minta utk dibatalkan..soo kenapa..?

KALAU DAH BOLEH BUAT BANTAHAN UNTUK DIBATALKAN SAPINA ITU ...SO KENAPA BUAT SUSAH SUSAH KELUARKAN SAPINA.?????????WHY..MAIN WAYANG HINDUSTAN KE.?

PM, isteri diperintah beri keterangan kes liwat Anwar

August 22, 2011
Anwar Ibrahim meninggalkan mahkamah selepas memberi keterangan dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. —

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang baru-baru ini enggan ditemu bual merupakan antara tujuh orang diberi sepina agar memberi keterangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Enggan ditemu bual berbeza daripada disepina,” kata peguam utama Ketua Pembangkang Karpal Singh kepada pemberita hari ini selepas Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Kes peringkat pembelaan bermula hari ini.

Karpal berkata sebaik sahaja mahkamah mengeluarkan sepina, mereka yang dinamakan dalam perintah mahkamah perlu datang.

Kata beliau, perintah mahkamah telah diberi Jumaat lalu.

Pada 12 Ogos lalu, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) muncul di Mahkamah Tinggi untuk bertemu dengan pasukan peguam Anwar.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan ditemu bual dan tidak akan memberi apa-apa kenyataan melainkan mahkamah mengeluarkan sepina.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang turut dinamakan sebagai saksi pembela, juga memberikan jawapan yang sama.

Karpal juga berkata mereka yang diarah memberi keterangan ketika prosiding pembelaan masih boleh memohon untuk mengetepikan perintah mahkamah.

“Ya, mereka masih boleh (memohon) mengetepikan sepina,” katanya.

Bagaimanapun jelas Karpal, beliau belum dimaklumkan apa-apa mengenai permohonan sedemikian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails