BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, December 21, 2010

aiiiii Bodek ke apa ni..?semacam aje..si zaid..atau mmg benar apa yg dia cakap.?

Kita desak penggantungan Ahli Parlimen pembangkang ditarik balik



SHAH ALAM – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak bersetuju dengan tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan tiga lagi Ahli parlimen pembangkang daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan.

Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan mereka, Ahli Parlimen berkenaan berhak untuk diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan masing-masing dalam subjek perbincangan yang luas.

“Parti Kita percaya Ahli Parlimen seharusnya dibenarkan untuk bercakap mengenai apa subjek sekalipun tanpa perasaan takut ditegur.

“Jika Ahli Parlimen tidak dibenarkan bersuara di dalam Dewan Rakyat, jadi di manakah keistimewaan imuniti dari pendakwaan?” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, jika perkara ini berterusan, yang paling rugi adalah rakyat kerana mereka tidak lagi mempunyai peluang meluahkan keluhan melalui wakil yang telah dilantik oleh mereka di Dewan Rakyat.

“Kita berharap keputusan menggantung empat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ini akan ditarik balik, jangan jadi sombong,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails