BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, December 13, 2010

Jurutera terhebat,,,BINA DULU SUNGAI...SEBELUM BUAT JAMBATAN..ha ha

" tiada hal, kita akan bina sungai lepas tu kita bina itu jambatan"

JURUTERA INI MENJADI DUTA KHAS ..PILIHAN pIEEEEm NAJIB..apa punya nasib le MALAYSIA....dah takde orang lain ke nak dilantik..lantik aku jadi Duta pun lagi bagui..ha hahaha


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri S.Samy Vellu sebagai duta khas Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan berkuatkuasa 1 Januari ini.

samy velluKatanya pelantikan itu adalah pengiktirafan sumbangan besar bekas presiden MIC itu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya, dalam membantu syarikat Malaysia melaksanakan projek pembangunan di benua kecil India itu.

"Kami tidak mahu kehilangan bakatnya dan hubungannya dengan negara-negara ini dan saya pasti banyak syarikat akan mendapat manfaat daripada peranannya sebagai duta khas untuk infrastruktur," katanya ketika melancarkan buku biografi Samy Vellu bertajuk 'A Life. A Lengend. A Legacy' di ibunegara.

Majlis Di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, The Mines Resorts (MIECC) di Seri Kembangan, dekat sini, turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan presiden MIC baru Datuk G. Palanivel.

Jawatan duta khas itu bertaraf menteri.

Najib juga memuji Samy Vellu atas sumbangannya selepas berkhidmat untuk rakyat dan negara selama 31 tahun khususnya dalam menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Kolej TAFE, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Yayasan Strategik Sosial (YSS) dan Yayasan Pemulihan Sosial.

"Saya harap anda akan bercakap tentang legasi Datuk Seri S.Samy Vellu...Saya harap semua pertubuhan ini akan terus berkembang pada masa depan," katanya.

Dalam ucapannya, Najib juga meminta MIC di bawah kepimpinan baru untuk bergerak sebagai satu pasukan dalam memperkukuhkan perpaduan parti dan mengenepikan kepentingan dan cita-cita peribadi.

"Saya mengharapkan MIC. Saya mahu memastikan Barisan Nasional (BN) akan menang pada pilihan raya umum akan datang. Kami (parti komponen BN) perlu berkerja sebagai satu kumpulan, bersatupadu dan perlu menunjukkan di bawah kepimpinan baru MIC, kita boleh bangkit menyahut cabaran," katanya.

Sebagai Pengerusi BN, Najib berkata MIC perlu mula melihat calon yang boleh membawa kejayaan, yang juga pilihan rakyat bagi memastikan reputasi MIC kekal mantap di peringkat kebangsaan dan negeri.

Samy Vellu, 74, presiden parti yang paling lama, menyerahkan tampuk kepimpinan parti kepada Palanivel awal bulan ini.

Sementara itu, dalam biografi "Mendedahkan Segalanya", Samy Vellu menceritakan bagaimana beliau berusaha sedaya upaya tanpa sebarang kejayaan untuk menyekat tindakan meroboh sebuah kuil Hindu pada 2007.

Ekoran itu tercetuslah penentangan terhadap parti.

“A Life. A Legend. A Legacy.” (Satu Perjalanan Hidup. Satu Legenda. Satu Warisan) karya seorang pemenang anugerah, Bernice Narayanan adalah sebuah buku yang memaparkan banyak pencapaian dan kendalaan besar serta beberapa "hal di sebalik tabir" dalam hampir 50 tahun kegiatan politiknya.

Biografi itu menceritakan bagaimana Samy Vellu telah merayu kepada pihak berkuasa pada masa itu agar menghentikan tindakan meroboh kuil Sri Maha Mariamman di Padang Jawa, Shah Alam, tiga hari sebelum Deepavali.

“Insiden itu mencetus kebangkitan masyarakat India", kata penulis dalam bukunya, merujuk kepada gerakan Hindraf yang diharamkan sekarang yang pemerhati politik percaya membawa kepada masyarakat India mengundi menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2008.

Samy Vellu juga menjelaskan tentang Maika Holdings Berhad, cabang pelaburan MIC kontroversial yang mengalami kegagalan beberapa tahun selepas dilancarkan, dan sejak itu diambil alih oleh sebuah syarikat lain dengan pelabur mendapat balik pelaburan mereka.

Beliau berkata antara pencapaiannya paling besar ialah membina Asian Institute of Medicine, Science and Technology (Aimst) di Kedah dan Tafe College di Negeri Sembilan.

Buku 200-halaman itu mengesani perjalanan hidup Samy Vellu yang cukup menarik, yang memulakan kehidupan anak seorang penoreh getah sebagai penjual ais krim dan kemudian konduktor bas dan seterusnya sebagai menteri kabinet Malaysia paling lama berkhidmat sehingga kekalahannya dalam pilihan raya umum 2008.

Dengan setiap kisah hidupnya dipaparkan secara terperinci, buku itu turut memuat gambar-gambar tokoh itu bersama beberapa orang raja, presiden dan perdana menteri yang belum pernah disiarkan.

Penulis dalam perenggan penutup menulis: "Samy Vellu adalah MIC dan MIC adalah Samy Vellu. Ini tidak dapat dinafikan".

"Beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi, tidak ada muslihat politik dan tentunya tidak ada sandiwara. Kehidupannya ibarat sebuah buku yang terbuka. Inilah bukunya".

Buku itu akan dijual di kedai-kedai buku terkemuka di seluruh negara. Kira-kira 5,000 naskah diedarkan percuma kepada tetamu di majlis pelancaran.

Sementara itu, dalam ucapannya, Samy Vellu berkata beliau bangga kerana telah mencapai apa yang beliau rancangkan bila mengambil alih pucuk pimpinan MIC dari mendiang Tan Sri V.Manickavasagam pada 1979.

“Hari ini, saya gembira melihat masyarakat India Malaysia yang lebih vibran dan dinamik yang telah melakar nama untuk diri mereka dan negara.

“Saya bersyukur menjadi sebahagian daripada transformasi besar masyarakat India Malaysia. Saya yakin mereka akan terus bergerak ke depan ketika negara terus maju, dan mencapai Wawasan 2020," ujar beliau.

Samy Vellu mengakhiri ucapannya dengan berkata: “Politik mungkin sesuatu yang sudah berlalu buat saya, tetapi minat saya ialah pada masa depan. Kerana, sebagaimana menurut pepatah, saya akan menghabiskan kehidupan saya selebihnya di sana".

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails