Bila nak buat Laporan..diminta kita bawa bukti..nak cari bukti ..kerja rakyat ke..?rakyat dari pergaulan dan berbagi urusan dapat mengetahui sianu dan sianu tetiba memilik Kad Pengenalan Biru..bila dilapor pada mana -mana pihak berkuasa..diminta bukti atau membawa bukti...akhirnya diam..?
JPN tidak tahu dakwaan kad pengenalan dikeluar untuk pilihanraya
Tue, Dec 21, 2010
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak tahu menahu dakwaan kad pengenalan dikeluarkan kepada warga negara asing bertaraf penduduk tetap untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.
"Bagaimanapun, JPN hanya mengeluarkan kad pengenalan kepada mereka yang layak memilikinya," demikian ditegaskan oleh Pegawai Pehubungan Awam JPN, Janisah Mohd Nor ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Dalam sidang media di lobi parlimen Julai lalu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengesyaki terdapat sindiket haram pemberian kad pengenalan kepada warga asing berstatus penduduk tetap.
Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman juga mendakwa kad pengenalan diberi kepada warga asing (Indonesia dan Kemboja) untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya umum.
Pengeluaran itu, kata pemimpin-pemimpin politik berkenaan kerana Umno bimbang akan mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum akan datang.
Mengulas lanjut dakwaan itu, Janisah berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan JPN untuk tindakan lanjut.
“Setakat ini kita (JPN) tiada mengeluarkan kad pengenalan untuk tujuan pilihanraya. Saya tidak tahu dengan dakwaan itu. Ini baru saya dengar, mungkin kerana saya tidak pergi parlimen," katanya apabila diberitahu Abdul Halim dan Mahfuz memberitahu perkara itu di
parlimen tidak lama dulu.
Beliau berkata, pengeluaran kad pengenalan biru kepada warga asing untuk membolehkan mereka menjadi warga negara Malaysia berdasarkan beberapa syarat.
"Mereka mesti sudah sembilan atau 10 tahun tinggal di Malaysia serta mempunyai kad pengenalan merah. Pemberian itu juga mengambilkira kepada pendaftaran mereka, kemasukan ke negara ini dan melalui penguatkuasaan undang-undang," tambahnya.
No comments:
Post a Comment