Baiknya koorang yg terlibat mohon maaf...idaknya...nanti tak sempat..jadi GILERBEBONOR....ha ha padanmuka korang..KERANA MULUT...tunggu HIDUP NAK MUSNAH..
Nik Aziz mahu mereka yang fitnahnya mohon maaf
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.
"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.
Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.
Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.
Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.
Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.
- Bernama
1 comment:
Salam Tuan guru yang budiman.Bagaimana Baginda Rasul dianyaai,disakiti,dicederakan bukan saja mantelnya malah fizikalnya,namun Baginda tetap memaafkan.Satu ketika orang yang selalu mencederakan fizikal baginda jatuh sakit dan baginda pun bertanya manakahkah orang yang selalu mencederakankan KU?Orang banyak berkata orang itu telah jatuh sakit.Baginda tanpa ambil pusing dan terus menziarahinya dan membawa buah tangan buatnya.Diatas kesabaran,istokomah,keperihatinan,jujur dan ikhlas. Orang yang selalu menyakiti baginda terus meminta maaf dan juga meminta baginda mengislamkannya,begitulah sikap Nabi.Kita bagaimana yang mengaku umatnya?masih lagi menurut kata nafsu amarah?Nafsu syaitan atau nafsu politik.Muasabah diri Allh menguji keimanan TUan Guru.Wasallam
Post a Comment